Alam & Sains 04 Jun, 2021

Berita Terkini| PPV pandu lalu untuk OKU di Lembah Klang! Akan mula beroperasi minggu depan!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

 

Gambar hiasan... PPV pandu lalu untuk OKU akan beroperasi di satu lokasi di kawasan Lembah Klang pada minggu depan bagi memudahkan golongan berkenaan. - Kredit foto: Harian Metro


PUSAT Pemberian Vaksin (PPV) secara pandu lalu akan diwujudkan untuk komuniti orang kurang upaya (OKU) bagi membantu percepatkan proses pemberian vaksin kepada golongan berkenaan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata PPV yang dijangka disediakan pada minggu depan itu akan beroperasi di satu lokasi di kawasan Lembah Klang.

“PPV pandu lalu untuk komuniti OKU ini diadakan dengan kerjasama pihak swasta melalui Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Ras Adiba Radzi. Kewujudannya sebagai alternatif bagi memudahkan golongan OKU.

“Komuniti berkenaan hanya duduk di dalam kenderaan tanpa perlu keluar dan ia sekali gus menyegerakan pemberian vaksin kepada golongan tersebut,” katanya dipetik oleh laporan Bernama, 4 Jun 2021.

Dalam perkembangan berkaitan, Rina memaklumkan seramai 195,395 OKU telah mendaftar untuk pemvaksinan menerusi MySejahtera dan bagi mempercepatkan pendaftaran OKU pihaknya kini bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan dan persatuan berkaitan.

“Kita akan pastikan individu dalam kumpulan sasaran tidak tercicir daripada mendapatkan vaksin. Berdasarkan data Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM), kira-kira 577,000 OKU berdaftar di bawah JKM setakat ini,” ujarnya. KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

 

1
1
0
0
0
You will be interested