Ia digalak untuk dimanfaatkan sepenuhnya dan menjadikannya salah satu "Raja Tumbuhan" dalam Islam.

Pokok zaitun purba ini kini menjadi tarikan pelancong dan merupakan monumen semula jadi yang dilindungi.
Ia disebut dalam al-Quran dan Hadis sebagai pohon yang diberkati, sumber makanan berkhasiat (buah dan minyak) dan simbol cahaya.
Ia amalan sunah Nabi Muhammad SAW untuk dimakan serta disapukan untuk perubatan dan mengandungi antioksidan hebat.
Sementara itu, sebatang pokok zaitun di Kampung Ano Vouves of Kissamos, Chania di Pulau Crete, Greece dipercayai pokok zaitun yang sudah cukup tua tetapi masih mengeluarkan buah yang dinilai bermutu tinggi.
Kerana keunikan pokok zaitun ini ia menjadi daya tarikan pelancong ke kampung itu.

Menurut laman berita Greek Reporter, ia menarik puluhan ribu pelancong dalam dan luar negara untuk melihat keistimewaan pokok zaitun tertua ini. Dan ia merupakan monumen semula jadi yang dilindungi.
Batangnya yang besar mempunyai lilitan 12.5 meter dan diameter 4.6 meter.
Pohon purba di Kampung Ano Vouves yang masih berbuah ini tergolong dalam spesies pokok tempatan, Tsounati dan bercantum pada ketinggian 3 meter pada pokok zaitun liar.
Usia sebenar pokok zaitun Ano Vouves tidak dapat dikenal pasti kerana kayu terasnya telah reput berabad-abad yang lalu.
Namun, analisis menunjukkan pokok itu berusia sekurang-kurangnya 2,000 tahun, manakala para saintis di Universiti Crete menganggarkan usianya sekitar 4,000 tahun.
Batangnya yang berwarna putih adalah bukti ketahanannya, setelah menahan kemarau, kebakaran, dan pencerobohan manusia, sambil tetap berbuah.

Sebagai rujukan, pokok zaitun tertua di dunia lebih tua daripada Parthenon, satu lagi simbol budaya Greece, dan berkemungkinan mendahului tokoh sejarah seperti Alexander the Great dan Pythagoras.
Orang Yunani kuno juga menggunakan minyak zaitun sebagai sebahagian daripada usaha mereka untuk menikmati kehidupan yang sihat dan untuk menggalakkan umur panjang, dan menggunakannya sebagai kosmetik untuk kulit dan rambut.
Hari ini, minyak zaitun Greek dianggap oleh kebanyakan orang sebagai yang terbaik di dunia. - KitaReporters