Alam & Sains 07 Feb, 2026

Keselamatan Online| Video| Hari Keselamatan Internet didik guna Internet, AI dengan betul, selamat!

@ketua editor
Ketua Editor KitaReporters.com... Boleh hantar emel kenyataan media atau berita dan story ke [email protected] atau [email protected]

Share this

Keselamatan Internet kini merupakan isu keluarga dan masyarakat, dan bukan lagi isu teknikal semata-mata. 



Oleh itu, Hari Keselamatan Internet (HKI) 2026 membawa perbincangan tentang kanak-kanak, Kecerdasan Buatan (AI), penipuan dalam talian dan tanggungjawab digital ke ruang awam secara santai, mudah difahami dan dekat dengan rakyat. 

HKI 2026 akan berlangsung pada 8 Februari 2026 ini di Astaka Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. 

Program anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) ini menampilkan pendekatan edutainment yang sesuai untuk ibu bapa, remaja, pelajar dan keluarga. 

Antara lain HKI diadakan memandangkan kanak-kanak semakin awal terdedah kepada Internet dan teknologi AI.

Selain itu, kes penipuan dan scam dalam talian semakin kompleks, sedangkan ramai pengguna tidak menyedari risiko harian melalui peranti mudah alih yang mereka miliki.

Maka, HKI 2026 akan memberi fokus kepada perubahan sikap dan kesedaran, bukan sekadar amaran.

Dengan tema “Teknologi Pintar, Pilihan Selamat”, HKI mahu memberi penekanan kepada penggunaan teknologi dan AI secara selamat, beretika dan bertanggungjawab. 



Antara program menarik sempena HKI 2026 di Astaka Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur pada 8 Februari 2026 ini.

• Pocket talk dan perbincangan santai tanpa bahasa teknikal 

• Aktiviti interaktif dan pameran keselamatan digital 

• Program komuniti dan keluarga 

• Kandungan mesra visual dan media sosial 

• Pendekatan kesedaran tanpa sensasi 

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman rasmi Hari Keselamatan Internet 2026: https://mcmc.gov.my/ms/hki2026/home. 

HKI 2026 bukan acara rasmi semata-mata, tetapi satu platform nasional untuk membentuk budaya penggunaan Internet yang lebih selamat, sedar dan bertanggungjawab dalam kalangan rakyat Malaysia. - KitaReporters/Kenyataan Media


19
14
0
7
0
You will be interested