Alam & Sains 13 Feb, 2026

Tangani deepfake! Dasar baharu RUU Jenayah Siber dipersetujui! Juga atasi penyebaran imej intim! - PM

@ketua editor
Ketua Editor KitaReporters.com... Boleh hantar emel kenyataan media atau berita dan story ke [email protected] atau [email protected]

Share this

Kerajaan bersetuju dengan cadangan dasar baharu Rang Undang-Undang (RUU) Jenayah Siber, termasuk peruntukan menangani penyalahgunaan Kecerdasan Buatan (AI) seperti deepfake (palsu tulen), penyebaran imej intim serta aspek pengekalan data komputer bagi tujuan siasatan.



Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dalam iklim geopolitik yang tidak menentu, agenda keselamatan siber negara akan terus diperkasa melalui kerjasama strategik seluruh pemegang taruh demi menjamin keselamatan, kestabilan dan kedaulatan negara.

Beliau berkata demikian semasa mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara (JKSN) Bil. 1/2026 bagi memperkukuh kesiapsiagaan negara dalam mendepani ancaman siber yang semakin kompleks di Putrajaya pada 12 Februari 2026.

Menurut laporan, RUU Jenayah Siber dijangka dibentangkan di Parlimen pada Mac 2026 ini.

RUU itu kini pada peringkat akhir untuk dimuktamadkan oleh Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) bagi menggantikan Akta Jenayah Komputer 1997 (Akta 563).


 


Perdana Menteri berkata, mesyuarat JKSN turut meneliti kemajuan penubuhan Pusat Pembangunan Keselamatan Siber dan Kriptologi (CSCDC) sebagai entiti berpusat yang menyatukan fungsi Pusat Teknologi dan Pengurusan Kriptologi Malaysia (PTPKM) dan CyberSecurity Malaysia sebagaimana diluluskan oleh Jemaah Menteri. 

"Melalui penstrukturan ini, PTPKM akan mempunyai penempatan institusi tetap, manakala fungsi dan sumber CSM dipusatkan di bawah CSCDC yang ditempatkan di Jabatan Perdana Menteri (JPM), di bawah kawal selia NACSA dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebagai sayap teknikal serta operasi," jelasnya. - KitaReporters/Kenyataan Media


9
15
0
14
0
You will be interested