Selera Santai 05 May, 2021

Berita Terkini! Agong, Raja Permaisuri Agong masak bubur lambuk! Untuk petugas barisan hadapan!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

 Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong berkenan mencemar duli memasak bubur lambuk di perkarangan Surau Utama Istana Negara. - Kredit foto: FB Istana Negara


Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli berangkat ke Program Memasak Bubur Lambuk anjuran Kelab Kebajikan dan Sukan Istana Negara di pekarangan Surau Utama Istana Negara, pada 5 Mei 2021.

Menurut kenyataan Istana Negara menerusi laman sosial Facebook, Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berkenaan mencemar duli berangkat ke program berkenaan.

“Program ini turut melibatkan pegawai dan kakitangan Istana Negara. Masakan bubur  lambuk sentuhan air tangan baginda berdua akan diagihkan kepada petugas barisan hadapan sekitar Kuala Lumpur,” katanya.

Turut berangkat ke program berkenaan ialah Tengku Puteri Raja, Tengku Afzan Aminah Hafidzatullah. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

1
0
0
0
0
You will be interested

Selamat Hari Bapa! 7 lokasi menarik untuk rai bapa, ayah, baba, abi anda! Pusing Selangor Dulu!

Hari Bapa jatuh pada 19 Jun setiap tahun. Tourism Selangor pilih 7 tempat secara rawak untuk sambut Hari Bapa bersama bapa, ayah, abah, baba, abi, suami, datuk

Editor 1 in Selera Santai 1 week ago

Apa benda mukbang tu? Halal ke haram? Sebelum buat video, baca dulu penjelasan daripada Mufti WP!

Mukbang merupakan suatu siaran langsung atau live dalam talian (online) di mana pengacara makan makanan pelbagai jenis sambil berinteraksi dengan para penonton
Zul Akmar Jamaludin in Selera Santai 4 days ago

Tenggelamnya Jumbo Restaurant! Restoran terapung kini jadi kenangan! Karam di Laut China Selatan!

Jumbo Restaurant, sebuah restoran yang jadi ikon dan kebanggaan pelancong Hong Kong kini tinggal kenangan apabila restoran mewah itu karam di Laut China Selatan
Adnan Mohamad in Selera Santai 5 days ago

Bestnya! Jom kawan-kawan! Sertai aktiviti Hujung Minggu Bersama Didi & Friends! 24-26 Jun 2022!

Program aktiviti Hujung Minggu Bersama Didi & Friends’ anjuran Astro dengan kerjasama Warnakala Studios dan ditaja oleh Quill City Mall KL pada 24-26 Jun 2022
Editor 1 in Selera Santai 1 week ago

Best ni! Jom tubik ramai-ramai! Cabaran memancing pantai sambil beramal! Ada dikir barat amal!

Pada 25 Jun 2022, ada Cabaran Memancing Pantai DCZ Seaview Seafood Perdana Resort PCB, Kota Bahru. Juara bawa pulang wang tunai RM10k. Ada juga cabutan bonaza
Khadijah Ibrahim in Selera Santai 1 week ago