Selera & Santai 11 Feb, 2026

Pengangkutan dulu-dulu! Galeri Automotif Muzium Pulau Pinang! Ada kereta Gabenor pertama, kereta kuda!

Share this

Tu dia! Nak tengok kenderaan dulu-dulu mailah ke Pulau Pinang.

Inisiatif kerajaan negeri mewujudkan galeri silam tersebut mampu memberi pengetahuan yang amat berharga khususnya kepada golongan muda dan generasi akan datang, bukan sahaja di Pulau Pinang tapi juga di seleuruh negara.


Galeri Automotif yang diwujudkan di Muzium Pulau Pinang oleh kerajaan negeri.

Galeri Automotif yang diwujudkan di Muzium Negeri Pulau Pinang di Georgetown mendedahkan sejarah silam termasuk ruang pameran, pendidikan dan warisan buat para pengunjung.

Ia turut menjadi daya tarikan utama apabila adanya kenderaan rasmi Gabenor pertama Pulau Pinang, kereta kuda milik kelab lumba kuda Pulau Pinang serta pelbagai jenis pengangkutan yang diguna pakai pada zaman dahulu.


Antara kenderaan dulu-dulu yang tidak lagi kelihatan kini.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow menyifatkan penubuhan Galeri Automotif Muzium Negeri Pulau Pinang ini sebagai satu pelaburan strategik jangka panjang Kerajaan Negeri dalam usaha pemeliharaan warisan, pendidikan serta pembangunan sosioekonomi negeri.

Beliau berkata, galeri itu mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri dalam memperkaya koleksi permuziuman di samping memastikan sejarah serta memori kolektif Pulau Pinang terus dipelihara, didokumentasi dan diwariskan kepada generasi akan datang.

Pengangkutan zaman dulu yang juga menarik diwujudkan di galeri automotif terbaru Pulau Pinang.
“Sektor pengangkutan dan mobiliti memainkan peranan penting dalam membentuk pembangunan Pulau Pinang, sama ada dari aspek pertumbuhan bandar, kegiatan ekonomi, interaksi sosial mahupun pembentukan identiti masyarakat.
“Justeru, galeri ini membawa naratif signifikan yang merakam evolusi pengangkutan yang telah menghubungkan manusia, idea, perdagangan dan budaya sejak sekian lama,” jelasnya semasa berucap pada Majlis Perasmian Galeri Automotif Muzium Negeri Pulau Pinang pada 3 Februari 2026. - KitaReporters
Satu lagi kenderaan zaman dulu yang turut dipamerkan untuk pengetahuan para pengunjung khususnya generasi muda.

Kenderaan zaman dulu yang kini diwujudkan untuk tatapan semua pengunjung.

14
14
0
10
0
You will be interested