Selera & Santai 26 Feb, 2026

Sifar pembaziran! Tenera angkat konsep ESG dalam bufet Ramadan! Serantau Desa, Cita Rasa Mendonia!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this

Dalam lambakan promosi bufet Ramadan saban tahun, Tenera Hotel & Suites  yang terletak di Bandar Baru Bangi tampil dengan pendekatan yang sedikit berbeza apabila menggabungkan pengalaman gastronomi serantau bersama komitmen kelestarian menerusi konsep Environmental, Social and Governance (ESG).


 


Mengangkat tema “Serantau Desa, Cita Rasa Mendonia”, bufet yang berlangsung dari 20 Mac hingga 18 April 2026 di Dewan Utama hotel tersebut bukan sekadar menonjolkan variasi hidangan Malaysia, Thailand dan Indonesia, malah disokong pendekatan sifar pembaziran yang semakin relevan dalam industri hospitaliti masa kini.

Sebaik melangkah masuk ke ruang dewan, tetamu disambut dengan susun atur stesen makanan yang kemas dan tersusun, memudahkan pergerakan walaupun dalam suasana berbuka yang sibuk. 

Apa yang membezakan bufet ini adalah kaedah penyediaan makanan secara berperingkat-peringkat. Hidangan tidak dikeluarkan dalam kuantiti berlebihan, sebaliknya ditambah mengikut keperluan bagi memastikan kesegaran terjaga dan pembaziran diminimumkan.


Dari kiri: Zaki Yamani, Aliyah, Fadzly Hamzah, Baby Shima dan Cef Azrul.


Menurut Pengurus Besarnya, Fadzly Hamzah, Ramadan seharusnya menjadi ruang mendidik jiwa tentang kesederhanaan dan tanggungjawab terhadap alam sekitar. 

Pendekatan ESG yang diterapkan bukan sekadar strategi pemasaran, tetapi satu usaha praktikal mengurangkan lebihan makanan serta mengawal sisa secara lebih sistematik.

"Pendekatan ini juga mencerminkan komitmen pihak hotel dalam menjaga alam sekitar. 

"Pengurangan sisa makanan dan penggunaan bahan mesra alam membantu mengurangkan pelepasan karbon serta bebanan terhadap tapak pelupusan sampah,” katanya ketika ditemui pada majlis ‘Santai Ramadan bersama Media’ pada 24 Februari 2026.

Beliau turut menambah bahawa pelaksanaan ESG memberi nilai tambah kepada pelanggan yang kini semakin prihatin terhadap isu kelestarian dan tanggungiawab sosial korporat, selaras dengan aspirasi Tenera Hotel & Suites untuk meniadi peneraju hospitaliti mampan.

Dalam masa yang sama, usaha ini turut mendapat sokongan daripada selebriti popular tanah air  yang turut hadir seperti Datin Alyah, Baby Shima. Zaki Yamani dan Adam AF. 

Majlis turut diserikan dengan persembahan daripada Dato' Jamal Abdillah yang menghiburkan hadirin dengan empat buah lagu antaranya, "Kekasih Awal & Akhir' serta 'Azura".



Datin Alyah yang hadir bagi kali ke-5 sempena Ramadan di hotel berkenaan menvifatkan pelaksanaan ESG pada tahun ini (2026) sebagai satu langkah progresif dalam industri hospitaliti.

Beliau juga melihat pendekatan ESG sebagai satu langkah progresif dalam industri perhotelan dan wajar dicontohi. 

"Kesedaran tentang kelestarian alam perlu bermula daripada semua pihak termasuk industri perhotelan. Apa yang dilaksanakan oleh Tenera Hotel & Suites bukan sahaja memberi manfaat kepada alam sekitar. malah mendidik masyarakat supaya lebih berhemah ketika berbuka puasa," ujarnya.



Berkongsi pandangan sama, Baby Shima menyifatkan inisiatif ini sebagai langkah positif kerana isu pembaziran sering berlaku apabila tetamu mengambil makanan melebihi kemampuan untuk menghabiskannya.

"Usaha Tenera Hotel & Suites ini sangat baik kerana dalam bulan Ramadan. kita perlu lebih sedar tentang pembaziran makanan. Kadangkala kita mengambil makanan melebihi kemampuan untuk menghabiskannya. 

“Apabila pihak hotel sendiri mengambil langkah untuk mengawal dan mendidik pelanggan, ia adalah sesuatu yang patut dipuji dan dicontohi. ESG ini membuktikan bahawa kemeriahan berbuka puasa masih boleh diraikan tanpa mengorbankan kelestarian alam sekitar," katanya.



Dari segi sajian, lebih kurang 200 barisan menu yang diketengahkan memenuhi selera pelbagai lapisan tetamu. 

Antara yang menjadi tumpuan termasuk Dalcha Lutut Kambing yang kaya rempah, Gulai Kawah Raja Berangkat dengan kuah pekat berempah, Lidah Bakar serta Sup Gear Box yang menjadi kegemaran ramai. 

Bagi pencinta masakan Indonesia, Rendang Riau dan Ayam Pop menawarkan rasa autentik yang berani, manakala Kambing Panggang, Tom Yam Merah, Som Tam dan Pulut Mangga melengkapkan sentuhan Thailand yang seimbang antara pedas, masam dan manis.

Cef Eksekutif Sahisal Azrul Mat Said menjelaskan bahawa walaupun Malaysia, Thailand dan Indonesia berkongsi akar budaya yang hampir sama, setiap negara mempunyai identiti rasa tersendiri. 

"Malaysia terkenal dengan kepelbagaian rempah, Thailand dengan keseimbangan rasa pedas, masam dan manis, manakala Indonesia pula dengan hidangan berempah yang lebih pekat dan berani,” ujarnya.

Menurut beliau, konsep ini membolehkan tetamu seolah-olah ‘mengembara rasa’ ke tiga negara dalam satu malam berbuka puasa, tanpa meninggalkan nilai tradisi tempatan. 

"Pada masa vang sama, kami memastikan penyediaan makanan dilakukan secara terkawal bagi menyokong prinsip ESG dan mengelakkan pembaziran," tambahnya. 



Komitmen Tenera Hotel & Suites terhadap kecemerlangan dan hospitaliti mesra Muslim terus diiktiraf pada peringkat antarabangsa apabila hotel ini telah menerima anugerah berprestij "Most Preferred Brand - Outstanding Muslim Friendly Hospitality & Event Space" daripada The BrandLaureate Awards pada Oktober 2025.

Secara keseluruhannya, “Serantau Desa, Cita Rasa Mendonia” bukan sekadar bufet Ramadan biasa, sebaliknya satu pengalaman kulinari yang menyatukan cita rasa Nusantara dalam suasana elegan dan lestari, sesuai untuk keluarga, rakan sekerja mahupun majlis korporat sepanjang bulan yang penuh keberkatan ini. - KitaReporters


12
15
0
11
0
You will be interested