Selera Santai 30 Apr, 2021

Berita Terkini| Harumanis terbang ke Sabah! Kerjasama MAFI, Airasia Farm! Kempen besar-besaran

Share this

Gambar hiasan... Mangga Harumanis diterbangkan secara rasmi ke Sabah pada 30 April 2021. - Kredit foto: crispolife.com


BUAH yang menjadi ikon negeri Perlis iaitu mangga Harumanis kini boleh didapati di Sabah menerusi jalinan kerjasama antara Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dengan Airasia Farm.

Penerbangan pertama bagi penghantaran buah berkenaan telah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) melalui penerbangan AirAsia AK5104 pada jam 10.25 pagi, 30 April 2021.

Penghantaran Harumanis ke negeri Bawah Bayu itu sebahagian daripada kempen 'Harumanis Kembali Lagi' dilancarkan oleh MAFI, pada 11 April 2021 di Beseri, Perlis bagi mempromosi buah ikonik itu.

Menteri Pertanian dan Industri Tani, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata kerjasama dengan Airasia Farm itu dapat membawa Harumanis ke Sabah secara rasmi dalam skala besar, sekali gus memperluaskan lagi pengedaran buah berkenaan.

"Industri Harumanis bukan sahaja mampu tingkatkan pendapatan kepada 2,415 pengusaha di Perlis, malah punyai impak besar terhadap ekonomi serta industri agro-pelancongan dan rantaian bekalan di seluruh negara.

"Jabatan Pertanian menyasarkan hasil pengeluaran sebanyak 3,336 tan mangga Harumanis bernilai RM66.7 juta di Perlis.

“Daripada jumlah itu, dianggarkan sekitar 50 peratus akan dijual secara dalam talian melalui platform e-dagang seperti Airasia Food, Airasia Fresh dan Agrobazaar Online,” katanya dipetik oleh Berita Harian, 30 April 2021. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

You will be interested

Irma Atirah tak lagi toleh ke belakang! Dapoq Simanis Ayah sedia terima tempahan kuih raya!

Lepasan Kolej Komuniti Arau, Irma Atirah Ahmat telah daftarkan syarikat Dapoq Simanis Ayah dan kini bersedia menerima tempahan roti, kek piza dan biskut bakar

Program amal berbuka puasa Rider Otai Besut Club! Agih 200 nasi berempah di Pantai Kg Pacakan

Kelab Rider Otai Besut anjur Program Amal Agihan Juadah Berbuka Puasa dengan agihkan 200 bungkus nasi berempah di Dataran Pantai Kampung Pacakan, Kuala Besut
Mohammad Ishak in Selera Santai 2 days ago

Berita Terkini! Agong, Raja Permaisuri Agong masak bubur lambuk! Untuk petugas barisan hadapan!

Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Agong berangkat ke Program Memasak Bubur Lambuk anjuran Kelab Kebajikan dan Sukan Istana Negara di pekarangan surau utama
News Editor 2 in Selera Santai 6 days ago

Sukar cari kerja sambilan akibat PKP! Faris jual tongmo bakar! Laku keras jual di depan rumah!

Kerana sukar dapatkan kerja sambilan bagi dapatkan wang saku kerana PKP, Muhamad Faris Najwan Muhamad beranikan diri buka gerai jual tongmo bakar di Wakaf Bharu
Rosdi Ismail in Selera Santai 1 week ago

Video| Tauhu rambutan: Tiada kaitan dengan buah rambutan? Makanan goreng yang unik, menyelerakan

Selain namanya yang unik dan tak ada buah rambutan, bahan ramuan untuk buat tauhu rambutan agak sederhana dan murah serta diterima cita rasa selera orang ramai
Isa Ramli in Selera Santai 2 weeks ago