Selera & Santai 07 Feb, 2026

Syabas Baling! Mural sejarah dilukiskan di dinding bangunan! Singkap sejarah dan wajah penduduk!

@che saad noordin
Che Saad Noordin bekas stringer Bintang Timur, Utusan Malaysia/Utusan Melayu, Watan Harian, TV3, RTM dan Bernama untuk daerah Baling dan sekitarnya

Share this

Penduduk di daerah Baling berterima kasih pada Majlis Daerah Baling (MDB) kerana melukis mural sejarah daerah ini di dinding beberapa bangunan di pekan Baling yang bersejarah ini.



Antara lukisan yang dilukiskan ialah wajah Perdana Menteri pertama Malaya Tunku Abdul Rahman Putera yang terbabit dalam rundingan dan pemimpin British dengan pihak Parti Komunis Malaya (PKM) di bilik khas di Sekolah Rendah Kebangsaan Tunku Putera. Baling pada Disember tahun 1955.

Selain itu, lukisan wajah Orang Asli suku Kensiu yang berkampung di Kampong Lubok Legong Siong, Baling juga menarik perhatian pelawat yang berkunjung di dataran itu sejak lebih 5 bulan lalu.

Hampir setiap hari ada pelawat dari luar daerah Baling mengunjungi dataran sejarah itu untuk melihat sendiri mural yang dilukiskan di situ.




Seorang pengunjung dari daerah Sungai Petani, Shukri Osman, 47 berkata, sejarah dan kehidupan masyarakat Baling berbagai kaum yang dilukiskan di dinding bangunan di dataran itu amat baik untuk dijadikan kajian sejarah oleh generasi muda di negara ini.

Sementara itu Penghulu Orang Asli Kampong Lubok Legong Siong,Tok Batin Jali, 53, berterima kasih pada pihak Majlis Daerah Baling yang meletakkan lukisan wajah Orang Asli di dataran itu, yang sangat dihargai etnik Orang Asli d daerah ini. 

Sementara itu lukisan sebuah bas antik yang pernah digunakan oleh sebuah syarikat Bas di Baling sejak tahun 1960 dahulu menjadi lokasi berfoto pelancong ke dataran itu. - KitaReporters


16
12
0
6
0
You will be interested