PADA musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) majoriti pemilik rumah inap atau homestay di Selangor peka dengan arahan, mengawal operasi sepanjang tempoh kawalan yang ditetapkan. Ada mengambil tetamu sekali sekala mengikut pilihan standard masing-masing dan ada menangguhkan dahulu pengambilan.
Yang masih boleh bertahan, masih lagi cuba bertahan menunggu waktu bebas daripada PKP sepenuhnya (5 Mac 2021 bermulalah PKP Bersyarat (PKPB) pula), dan tidak kurang juga yang tidak lagi dapat bertahan dan menutup operasi.
Pemilik homestay yang menyewa rumah orang lain untuk dijadikan homestay, cenderung mengambil langkah ini (menutup operasi) sebelum kerugian bertukar menjadi bala!
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan homestay:
https://kitareporters.com/search?search=homestay
PKPP bermula! Pengusaha homestay tak sabar nak mula bisnes!
Soto Ayam Mommy
Demikian dilema dalam kalangan pengusaha rumah inap atau homestay pada musim wabak Covid-19 ini.
Bagi pemilik homestay yang menyewa rumah untuk dijadikan homestay, ada yang mengambil keputusan menyerahkan kembali rumah itu kepada tuannya dan berhenti menyewa.
Pemilik homestay yang menggunakan rumah sendiri yang mana rumah itu sudah selesai ansuran bank, logiknya tidak begitu terdesak.
Tapi ada juga yang sudah menghentikan sewaan harian, ditukar kepada sewaan bulanan kerana susah dengan keadaan yang tidak ketentuan keadaannya. Ini kerana setiap masalah perlu ditangani, dicarikan penyelesaian mengikut budi bicara sendiri bagi mengelak terus rugi.
Mi Bandung Abah
Bagi yang menggunakan rumah sendiri sebagai homestay dan rumah itu belum habis ansuran bank, mereka boleh menukar kepada sewaan bulanan. Ada dua pilihan, sama ada menyewakannya pada harga homestay dengan diskaun yang banyak atau ikut harga sewa bulan yang lumrah di kawasan terbabit.
Jika bernasib baik, mereka dapatlah penyewa yang mampu membayar lebih, bergantung kepada takdir masing-masing.
Jika tidak sabar menunggu penyewa yang mampu membayar lebih, beri saja harga sewa mengikut kadar lumrah - rumah kosong, pastinya pantas sahaja ada orang yang ingin menyewa.
Logiknya, siapa tidak mahu rumah sewa lengkap berperabot yang disewakan pada harga rumah kosong? Dalam keadaan ini, rezeki bagi penyewa.
Bagaimana dengan pemilik rumah? Tentunya berasa rugi. Ya rugi dalam bentuk wang, tapi hakikatnya ada juga untungnya. Maksudnya?
Laksa Joho Mamatok didatangkan dalam bekas mangkuk kertas
Andai seseorang itu sudah memutuskan untuk memberikan sewa pada harga biasa (homestay diberikan sewa harga rumah kosong), bermakna dia telah membantu individu atau keluarga penyewa itu.
Kita tahu dalam keadaan sekarang, rata-rata orang ramai dalam keadaan sesak, kekurangan sumber pendapatan, jadi dengan memberi rumah lengkap berperabot pada harga sewa rendah atau sama dengan rumah kosong, bermakna selaku pemilik rumah, dia sebenarnya sedang membantu mengurangkan bebanan perbelanjaan penyewa atau keluarga penyewa berkenaan.
Jika ikhlas dan memang itu niatnya, nah sudah tentulah selaku pemilik rumah, dia mendapat pahala daripada Allah SWT. Membantu orang adalah satu kebaikan dan setiap kebaikan yang kita lakukan pasti dibalas dengan pahala ataupun diberikan rezeki lain daripada Allah SWT.
Laksa Johor Mamatok dihidang dalam pinggan
Dengan pelaksanaan suntikan vaksin Covid-19 yang sedang dimulakan sekarang, keadaan akan kembali normal.
Penulis sendiri mengambil keputusan menyewakan homestay kepada tetamu yang ingin tinggal lama.
Tinggal satu saja yang masih kosong, maka sekali sekala terpaksalah pergi bertamu di homestay sendiri. Takkan nak dibiarkan begitu sahaja tidak berjenguk, sekali datang nanti rumah sudah berhabuk seinci?
Itu tak apa lagi, jika dibiarkan kosong terlalu lama, nak masuk semula jadi gerun semacam pula, kerana apa? Lama dibiarkan kosong, dah tentu nanti akan ada `benda lain yang tak nampak pada mata kasar` pula bertamu. Enak-enak dia menghuni rumah kita tanpa membayar sewa satu sen pun.
Maka itu wajiblah juga pergi menjenguk, untuk membersih dan sekali sekala menghuni, tidur semalam dua atau dijadikan tempat berhimpun anak beranak yang tinggal di satu daerah.
Hujung minggu lalu, sempat berkumpul bersama anak dan menantu yang datang bersama satu anak mereka yang masih kecil.
Tauhu Daging Acik
Selesai mengemas, masing-masing keletihan. Nak masak bukan saja sudah letih, nak melengkapkan beli bahan masak di rumah yang bukan kita duduk harian, satu hal. Banyak pula rencah yang perlu dibeli.
Maka penyelesaiannya, `order` saja. Terkadang beli bahan untuk masak, lebih mahal daripada beli yang sudah siap.
Justeru untuk makan tengah hari itu, kami order sahaja, Set Combo Deal Try Everything daripada Muo Le.
Dalam RM55 dapat set empat makanan - Soto Ayam Mommy, Laksa Joho Mamatok, Mi Bandung Abah dan Tauhu Acik Daging. Boleh juga order asing.
Andai nak buat keempat-empat masakan yang banyak rencah itu pada satu masa, sehari pun tak siap kut. Ini dengan sekali order, tak sampai sejam, set makanan itu sampai ke muka pintu.
Menariknya, set hidangan Combo Deal Try Everything itu semuanya sedap, cukup untuk empat lima orang dan dapat makan sepuasnya.
Makan santai-santai tanpa perlu bersusah payah memasak sambil dapat menyimpan tenaga untuk buat pelbagai kerja lain, kuranglah tekanannya. Malahan, sempat pula buat konten YouTube.
Siapa yang tinggal di Lembah Klang, bolehlah cuba order set ini. - KitaReporters