Menara Gading 18 Jun, 2021

Berita Terkini| MPM kesan perbezaan nama pada skrol ijazah perubatan! IPT dalam, luar negara!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Universiti Sains Islam Malaysia antara institusi tersenarai dengan kesilapan editorial. - Kredit foto: The Star


BEBERAPA buah institusi dalam dan luar negara dikesan terdapat perbezaan pada nama kelayakan atau nama institusi pada skrol ijazah asas perubatan daripada yang diwartakan dalam Jadual Kedua Akta Perubatan 1971 (Pindaan 2012).

Perbezaan itu telah dikesan Majlis Perubatan Malaysia (MPM) yang turut memutuskan untuk menangguhkan semua permohonan surat layak daftar dan Sijil Pendaftaran Sementara kepada siswazah daripada institusi terbabit buat sementara waktu.

MPM menerusi kenyataan pada 17 Jun 2021 memaklumkan, tujuan pengesanan dan penangguhan itu bagi pastikan tidak berlaku isu berbangkit pada masa akan datang sekiranya pengamal perubatan ingin memohon pendaftaran dengan MPM.

“MPM telah pun menulis kepada pihak Penasihat Undang-Undang (PUU) Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menyemak draf Perintah Perubatan (Jadual Kedua) supaya dapat dilaksanakan dengan segera.

“Berdasarkan maklum balas, dinyatakan jika perbezaan itu berpunca daripada kesilapan bersifat editorial, bukan kesalahan substantif dengan maksud ia tidak akan jejaskan atau menyebabkan kekeliruan dalam mengenal pasti institusi dan kelayakan itu.

"Maka MPM boleh laksanakan pendaftaran di bawah Seksyen 12 Akta Perubatan 1971 (Pindaan 2012) sementara menunggu kesilapan editorial itu dipinda dan diwartakan.  Dengan syor dari PUU KKM, MPM juga telah kenal pasti 36 institusi terbabit dengan kesilapan editorial,” kata kenyataan itu.

Antara institusi tempatan  tersenarai adalah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mua'dzam Shah, Universiti Sains Islam Malaysia, Taylor Universiti, manakala institusi di luar negara adalah di Indonesia, Mesir, Rusia, Poland, Bangladesh dan United Kingdom. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter


You will be interested

Syabas Rafiuddin Rohani! Covid-19 bukan halangan! Pensyarah politeknik pacu seminar dalam talian

Ketika tempoh PKP ini, pensyarah di Politeknik Ibrahim Sultan, Rafiuddin Rohani ambil pendirian untuk perkasa kredibiliti dalam penganjuran seminar dalam talian

Coffee Talk! Santuni pelajar UPM berdepan peperiksaan akhir tahun! Anda tidak bersendirian!

Coffee Talk @ Pecutan Akhir Peperiksaan: Kejayaan Pasti Milik Anda Insya-Allah usaha UPM mengatasi masalah psikologi yang dihadapi para pelajar akibat COVID-19
Zul Akmar Jamaludin in Menara Gading 1 week ago

Skim latihan 'padawan' School of Hard Knocks UUM! Gandingkan usaha sama UUM dengan industri!

UUM lakar sejarah tersendiri apabila Menteri Pengajian Tinggi lancar School of Hard Knocks (SoHK), serahkan watikah pelantikan Fakulti Industri oleh CUIC-UUM
Samsudin Oli Mohamed in Menara Gading 2 weeks ago

Biz4You-th: Forum usahawan muda berkongsi pengalaman! Kelestarian keusahawanan semasa Covid-19!

Forum Biz4You-th: The Bazaar of Stories merupakan sebuah forum secara online tentang pengusaha perniagaan yang berjaya kekalkan perniagaan semasa wabak Covid-19
Editor 1 in Menara Gading 3 weeks ago