Kampus & Pendidikan 21 Nov, 2021

UniKL menangi 3 pingat kecemerlangan! 10 IPT sertai WorldSkills Malaysia University Challenge!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this


Oleh: MASRI KUDUS

Gambar:  Ihsan FB UniKL


Universiti Kuala Lumpur (UniKL) terus menyerlahkan pencapaiannya dalam pertandingan kemahiran WorldSkills Malaysia (WSM) dengan memenangi tiga Pingat Kecemerlangan di WSM University Challenge (WSMUC) 2021.

Muhammad Naufal Mohd Azhari dan Nurnayli Athirah Mohd Azhan dari UniKL Malaysia France Institute (MFI) memenangi Pingat Kecemerlangan dalam kategori Kejuruteraan Mekanikal Reka Bentuk Berbantu Komputer (CAD).

Manakala Irfan Badzlin Badrul Hisham dari UniKL Institut Teknologi Maklumat Malaysia (MIIT) pula memenangi anugerah yang sama dalam Keselamatan Siber.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan UniKL


Pertandingan diadakan secara maya selama dua hari melibatkan lebih 50 peserta. - Kredit foto: FB UniKL


Untuk rekod, mereka bersaing dengan lebih 50 peserta termasuk empat pelajar antarabangsa dari kira-kira 10 institusi pengajian tinggi (IPT).

Pertandingan secara maya selama dua hari itu bermula pada 27 Oktober 2021 melibatkan empat bidang dipertandingkan dalam kemahiran masa depan iaitu Pembangunan Aplikasi Mudah Alih, Keselamatan Siber, Kejuruteraan Mekanikal CAD, dan Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM).

Dalam pada itu Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Langat , Kolej Kemahiran Tinggi MARA Kemaman, Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR UC) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) masing-masing dicalonkan sebagai pemenang dalam bidang BIM, Kejuruteraan Mekanikal, Pembangunan Aplikasi Mudah Alih dan Keselamatan Siber. 


PROF DATUK DR AZANAM SHAH HASHIM. - Kredit foto: FB UniKL


Timbalan Presiden UniKL (Perkongsian Antarabangsa, Perindustrian & Institusi), Prof Datuk Dr Azanam Shah Hashim memuji semua peserta dan pemenang pertandingan itu. 

“Semoga peserta yang menang akan dicalonkan untuk mengambil bahagian dalam pertandingan kemahiran peringkat lebih tinggi sebelum layak mewakili Malaysia ke pertandingan WorldSkill Challenge (WSC) Shanghai 2022.

“Saya juga gembira kerana WSMUC 2021 telah menerima 55 peserta bagi empat bidang yang dipertandingkan. Namun, saya mendengar ada yang kecewa kerana tidak dapat menyertai WSMUC 2021, kerana tarikh pendaftaran telah ditutup.

“Untuk edisi akan datang, kami mengesyorkan jawatankuasa penganjur melanjutkan tempoh pendaftaran supaya lebih banyak penyertaan diterima,” katanya pada majlis penutupan secara maya WSMUC 2021.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Pejabat Pemantauan Projek (PMO) di DSD, Mohd Yazid Awalludin; Ketua Kampus dan Dekan UniKL MFI, Prof Ts. Dr Jamel Othman; serta Timbalan Dekan Antarabangsa, Perkongsian Industri & Institusi (IIIP) UniKL MFI, Mohd Zaki Mohamed. - KitaReporters



Pertandingan sulung, WSMUC 2021 telah dianjurkan oleh UniKL Malaysia France Institute (MFI) dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (DSD).

Berikut keputusan penuh pertandingan:

Pemenang bidang Building information Modeling (BIM) :

Pingat kecemerlangan: Muhammad Hafizuddin Mohd Rosdi – Politeknik Ungku Omar.

Gangsa: Muhammad Arif Irfan  A'Ali Zaini – Universiti Malaysia Pahang (UMP).

Perak: Muhammad Faiz  Ahmad Zulkifli – Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM), Sri Gading.

Emas:  Ahmad Imrab Izzani  Jasni Termizi – Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Langat.

Bidang Mechanical Engineering CAD (MCAD) :

Pingat kecemerlangan:

1. Muhamad Asyraf Zulfikri - IKTBN Bukit Mertajam.

2. Jordan Leonard Yeo Yong Wei - Asia Pacific University of Technology & Innovation.

3. Chan Pei Jie -  Asia Pacific University of Technology & Innovation.

4. Muhammad Firdaus Mohd Azhari – Kolej Vokasional Port Dickson.

5. Muhammad Naufal  Mohd Azhari - UniKL MFI.

Gangsa : Hanif Effendi Rahman - IKTBN Pagoh.

Perak : Muhammad Shahrul Fecrie  Ismail - KKTM Kemaman.

Emas : Muhammad Ulfan Muqaram  Abdulah - KKTM Kemaman.

Bidang  Mobile Application Develoment (MAD) :

Pingat kecemerlangan :

1. OL Abdul Aziz  Hamdan – Politekinik Mukah , Sarawak.

2. Ahmad Zulfaaiz  Ab. Aziz - KKTM Petaling Jaya.

Gangsa : Neon Yin - Tunku Abdul Rahman Uni College.

Perak : Chai Qing Hao - Tunku Abdul Rahman Uni College.

Emas : Chong Yong Xuan - Tunku Abdul Rahman Uni College.

Bidang Cybersecurity :

Pingat kecemerlangan :

1. Irfan Badzlin Badrul Hisham - UniKL MIIT.

2. Muhammad Awis Qirani  Zamani – UiTM.

3. Muhammad Hariz B Tarmizi – UiTM.

Gangsa : Choo Chi Siang - Tunku Abdul Rahman Uni College.

Perak : Wan Muhammad Khairuddin  Wan Ab Karim – UTeM.

Emas - Iman Irfan  Hisshamuddin – UiTM. 



15
14
0
9
0
You will be interested