Kampus & Pendidikan 21 Nov, 2021

Meriah! 120 peserta santai berbasikal, erat hubungan keluarga UMP! Sempena sambutan ke-20 tahun!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this


Kredit foto: FB UMP


Oleh: Unit Perhubungan Awam UMP


Program Santai Berbasikal bersama Keluarga Universiti Malaysia Pahang (UMP) diadakan pada 20 November 2021 cukup meriah dengan penyertaan kira-kira 120 peserta terdiri dalam kalangan staf dan kakitangan.

Tambah meriah, kayuhan program anjuran Pusat Sukan dan Kebudayaan dengan kolaborasi Pejabat Naib Canselor UMP itu diketuai sendiri Prof Datuk Ts Dr Yuserrie Zainuddin yang menjalankan fungsi Naib Canselor UMP dan pengurusan tertinggi UMP.

Kayuhan bermula di Dataran Pusat Aktiviti Pelajar menuju ke Pusat Rekreasi Air dan Rimba Lestari UMP serta sekitar kampus berkonsepkan pencarian harta karun (treasure hunt).


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Universiti Malaysia Pahang



Program Santai Berbasikal bersama Keluarga Universiti Malaysia Pahang disertai pelbagai peringkat umur.


Penganjuran program sempena menjelang sambutan ke-20 tahun UMP itu bertujuan bagi mengeratkan hubungan silalturahim dalam kalangan warga UMP sekali gus sebagai pendedahan terhadap kepentingan penjagaan kesihatan.

Menerusi kayuhan berkenaan juga telah berjaya mengurangkan penghasilan karbon dioksida sebanyak 1120kg CO2.

Secara tidak langsung juga menunjukkan aktiviti berbasikal di dalam kampus sebagai amalan terbaik dalam usaha menyokong agenda penghijauan kampus.

Sementara itu, selain aktiviti berbasikal turut berlansung program pelepasan ikan sebagai pembangunan dan pengkayaan sumber serta habitat juga pemantauan ekosistem di tasik UMP. - KitaReporters



Program pelepasan ikan turut diadakan sebagai pembangunan dan pengkayaan sumber serta habitat juga pemantauan ekosistem di tasik UMP.

16
12
0
7
0
You will be interested