Politeknik Ungku Omar (PUO), Politeknik Apex, terus memperkasa agenda pembangunan insan holistik menerusi pelancaran Program Ihya’ Ramadan 2026 yang berlangsung di Dewan Jubli Perak PUO di Ipoh pada 10 Februari 2026.

Program
tersebut menghimpunkan kira-kira 200 warga kampus menjadi antara platform
strategik dalam menyokong aspirasi Reformasi Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) serta pelaksanaan Iltizam 2026 ke arah lonjakan TVET negara.
Majlis
perasmian telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Akademik PUO yang mewakili
Pengarah Politeknik Ungku Omar, Norman Zamri.
Dalam
ucapannya, Norman berkata, kecemerlangan institusi perlu digerakkan secara
seimbang antara pencapaian akademik, kompetensi teknikal dan pengukuhan nilai
sahsiah.
“Sebagai
Politeknik Apex, PUO komited melahirkan graduan TVET yang bukan sahaja kompeten
dan relevan dengan industri, malah memiliki integriti, disiplin dan jati diri
yang kukuh.
“Ramadan adalah platform terbaik untuk membina kepimpinan kendiri, memperkukuh budaya kerja berprestasi tinggi serta menyemai nilai Madani dalam organisasi,” katanya dalam kenyataan media pada 11 Februari 2026.

Program
Ihya’ Ramadan 2026 dirangka selaras dengan fokus Iltizam 2026 yang menekankan
pemantapan budaya kerja cemerlang, tadbir urus berintegriti serta pembinaan
modal insan berkualiti tinggi.
Sepanjang
bulan Ramadan, pelbagai aktiviti pengimarahan akan dilaksanakan, antaranya, PUO
Quran Hour bagi memperkukuh budaya ilmu dan penghayatan Al-Quran dalam
kehidupan dan institusi; Majlis Khatam
Al-Quran dan Tazkirah Nuzul Quran, serta Program Iftar Jamaie dan Moreh Perdana yang
menggalakkan semangat kebersamaan warga kampus.
Selain itu, turut diusahakan ialah sumbangan
Kotak Ramadan PUO sebagai manifestasi tanggungjawab sosial korporat (CSR) institusi.
Pendekatan menyeluruh ini mencerminkan komitmen PUO dalam membina ekosistem kampus yang bukan sahaja cemerlang akademik dan teknikal, malah seimbang dari aspek intelek, emosi, rohani dan sosial.
Inisiatif ini turut menyokong agenda Malaysia Madani yang menekankan nilai ihsan, kesejahteraan dan kemampanan dalam pembangunan masyarakat.

Selaras
dengan tema Reformasi POLYCC Memacu Lonjakan TVET Negara, program ini diyakini
mampu menjadi pemangkin kepada peningkatan motivasi, produktiviti serta daya
saing warga PUO, seterusnya memperkukuh reputasi institusi sebagai peneraju
TVET berimpak tinggi di peringkat nasional.
PUO akan
terus komited memperkasa pembangunan modal insan yang holistik dan berteraskan
nilai, selari dengan aspirasi pendidikan negara. - KitaReporters