Kampus & Pendidikan 07 Feb, 2026

Perkasa pendidikan STEM! Penyerahan Kit STEM kepada Jabatan Muzium Negara! Kerjasama Yayasan Mr DIY!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi. email:[email protected]

Share this

Kerjasama strategik antara Yayasan Mr DIY dan Jabatan Muzium Malaysia terus memperkukuh usaha memperkasa pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) menerusi penyerahan Kit STEM yang berlangsung di Galeri 1, Jabatan Muzium Malaysia pada 4 Februari 2026.


Haslina Abdul Hamid melihat hasil kerja murid yang menyertai kem ini.


Majlis penyerahan kit pembelajaran itu disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Datuk Haslina Abdul Hamid yang menyifatkan inisiatif tersebut sebagai langkah signifikan sektor swasta dalam menyokong agenda pendidikan negara serta memperluas akses pembelajaran berasaskan inovasi kepada generasi muda.

Beliau berkata, usaha berkenaan bukan sahaja mampu memupuk minat pelajar terhadap bidang STEM, malah menggalakkan budaya pembelajaran berasaskan ilmu, kreativiti dan pemikiran kritis yang semakin penting dalam menghadapi cabaran era teknologi moden.


Antara model dan bahan pembelajaran Kit STEM yang dihasilkan.

Jalinan kerjasama ini diharap dapat memperkukuh usaha memperkasa pendidikan STEM dalam kalangan generasi muda serta melahirkan masyarakat berilmu, kreatif dan berdaya saing. 


Menurutnya, Kementerian Perpaduan Negara amat menghargai jalinan kerjasama erat antara Yayasan Mr DIY dan Jabatan Muzium Malaysia dalam memperkukuh peranan muzium sebagai institusi pendidikan tidak formal yang inklusif serta berimpak tinggi kepada masyarakat.

“Pendekatan ini selaras dengan aspirasi Malaysia Madani yang menekankan pembangunan masyarakat berilmu, bersatu padu dan mempunyai daya tahan dalam menghadapi cabaran global,” katanya ketika berucap pada majlis tersebut.

Tambah beliau, kerjasama strategik tersebut dijangka membuka lebih banyak ruang kolaborasi antara sektor kerajaan dan swasta dalam memperkasa ekosistem pendidikan negara, khususnya dalam melahirkan generasi yang kreatif, berkemahiran tinggi serta berdaya saing.


Haslina Abdul Hamid menerima replika simbolik penyerahan 120,000 unit Kit STEM daripada wakil Yayasan Mr DIY.

Usaha berterusan seumpama itu diharap dapat memperkukuh perpaduan nasional melalui pendidikan berkualiti selain melahirkan masyarakat yang lebih bersedia menghadapi cabaran masa hadapan. - KitaReporters


Gambar kenangan sempena majlis bersejarah penyerahan Kit STEM Yayasan Mr DIY kepada Jabatan Muzium Malaysia.
5
11
0
21
0
You will be interested