Jarang dan sukar ditemui kini berbuka puasa dalam talam seperti yang menjadi amalan khususnya di surau, pondok, maahad mahupun masjid seperti zaman dahulu.
Namun begitu tradisi berbuka puasa dalam talam kini masih lagi diamalkan di Masjid Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) bagi kampus Pekan dan Gambang.

Berbuka puasa dalam talam sudah sebati menjadi tradisi sejak lebih 17 tahun di UMPSA.Yang menariknya juadah berbuka puasa diletakkan dalam talam dan dikongsi makan bersama dalam satu talam.
Adalah difahamkan amalan tradisi berbuka puasa dalam talam ini telah menjadi tradisi dan diamalkan lebih 17 tahun lalu oleh UMPSA dan turut disertai pelajar antarabangsa yang masih lagi berada di kampus.


Sementara itu, UMPSA terbukti menempa sejarah dan menjulang nama negara apabila telah diiktiraf sebagai institusi pendidikan tinggi (IPT) pertama di ASEAN menerima pengiktirafan antarabangsa EcoCampus Green Flag (Bendera Hijau EkoKampus).
Malah dengan pengiktirafan ini UMPSA berada di barisan hadapan sebagai universiti teknikal berteraskan TVET hijau dan inovasi lestari yang diiktiraf pada peringkat global.
UMPSA menjadi IPT pertama ASEAN terima Pengiktirafan antarabangsa. UMPSA turut komited memperkasa penyelidikan dan inovasi kelestarian dalam bidang tenaga boleh diperbaharui (RE), pengurusan sisa dan biodiversiti serta membangunkan modul 'micro-credential' hijau bersama industri bagi melahirkan graduan berkemahiran pekerjaan hijau (green jobs).
Sejajar itu, ia turut membuktikan UMPSA terus memacu kecemerlangan kelestarian demi masa depan yang lebih hijau dan mampan. - KitaReporters