Kampus & Pendidikan 07 Feb, 2026

Khabar dari Coventry! Mencari juadah Ramadan di UK! Merindui air tangan mama! Cabaran dan kenangan!

@ketua editor
Ketua Editor KitaReporters.com... Boleh hantar emel kenyataan media atau berita dan story ke [email protected] atau [email protected]

Share this


Oleh MUHAMMAD SANIY SAMSUDIN

Pelajar Universiti Warwick, UK


Ramadan semakin menghampiri, membawa bersama pelbagai kenangan manis buat penulis yang bakal menyambut bulan mulia itu buat pertama kali di perantauan.



Menyambung pelajaran dalam ijazah Sarjana Kewangan di University of Warwick, United Kingdom membuka peluang untuk merasai Ramadan di negara orang yang semakin dekat, di samping merindui suasana berbuka puasa bersama keluarga di Jitra, Kedah.

"Antara perkara yang paling dirindui ialah suasana bazar Ramadan serta juadah air tangan ibunya yang menjadi menu wajib setiap kali bulan puasa.
"Bila Ramadan makin hampir, saya mula teringat suasana di rumah. Bau juadah bazar Ramadan, masakan mama dan detik berbuka bersama papa, kakak dan adik memang sukar dilupakan."

Peluang melanjutkan pengajian di institusi bertaraf dunia melalui tajaan Yayasan Khazanah merupakan satu amanah besar yang perlu dimanfaatkan sebaiknya walaupun terpaksa berjauhan daripada keluarga.

"Saya sangat bersyukur atas peluang ini. Tajaan Yayasan Khazanah membuka ruang untuk saya menimba ilmu di peringkat antarabangsa.
"Walaupun jauh daripada keluarga, sokongan mereka dan pihak penaja menjadi pembakar semangat untuk terus berjaya."


Bagi mengubat kerinduan itu, penulis bercadang mencari lokasi tumpuan makanan halal serta juadah berbuka di sekitar Warwick dan kawasan berhampiran bandar Coventry.
Terdapat beberapa restoran makanan Timur Tengah dan Asia yang menjadi pilihan pelajar Muslim sering menjadi tempat berkumpul untuk berbuka puasa bersama.
“Walaupun suasananya berbeza, sekurang-kurangnya ia membantu mewujudkan rasa kebersamaan. Rakan-rakan di sini juga saling berkongsi makanan tradisi masing-masing.”
Bagi penulis, pengalaman menyambut Ramadan di luar negara dilihat sebagai cabaran baharu yang mengajar erti berdikari serta menghargai nilai kekeluargaan.
Harapnya, pengalaman menuntut ilmu di United Kingdom bukan sahaja memberi kecemerlangan akademik, malah membentuk jati diri untuk kembali menyumbang kepakaran kepada negara pada masa hadapan.
“Insya-Allah, peluang ini akan saya manfaatkan sebaiknya sebagai bekalan untuk berbakti kepada masyarakat dan negara." - KitaReporters

11
14
0
14
0
You will be interested