Kampus & Pendidikan 02 Dec, 2021

Hebatnya! 3 penyelidik MMU antara 2% saintis terbaik dunia 2021! Pencapaian banggakan Malaysia!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this


Oleh: SAHBULAH MOHAMAD DARWI


Tiga penyelidik Universiti Multimedia (MMU) disenaraikan dalam kedudukan dua peratus saintis terbaik dunia 2021 oleh Universiti Stanford, Amerika Syarikat baru-baru ini sekali gus membanggakan Malaysia.

Pencapaian pada peringkat antarabangsa itu dirangkul oleh Prof Ir Dr Tso Chih Ping dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FET); Dr Usama Al-Mulali dari Fakulti Perniagaan (FOB) dan Dr Amjad Iqbal, pelajar Doktor Falsafah dari Fakulti Kejuruteraan (FOE).


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan MMU



Menurut Prof Tso, pihaknya berbesar hati kerana disenaraikan antara ‘Top 2% Scientists in the World’ dalam subjek kejuruteraan mekanikal di dunia.

“Pengiktirafan ini akan membantu saya dan rakan usaha sama saya untuk mendapatkan geran penyelidikan dengan lebih lancar pada masa hadapan untuk penyelidikan kami dalam bidang kepakaran saya,” katanya.

Penyelidikan Prof Tso adalah dalam aliran haba dan bendalir asas dan gunaan terutama dalam kejuruteraan mekanikal dengan menjalankan banyak penyelidikan seperti projek persekitaran terma dalam kesan pulau haba bandar serta aliran berbilang fasa dalam paip.

Selain itu, penyelidikan dijalankan turut melibatkan pemindahan haba mendidih filem dari sfera, pemindahan haba perolakan untuk penyejukan elektronik, penyejukan dalam bekas penghantaran, aliran saluran mikro, tenaga suria dan likat kesan pelesapan dalam aliran berayun.

Penyelidikan dijalankan oleh beliau ketika ini engenai aliran saluran mikro setakat ini telah menerima sejumlah 840 citations berdasarkan 12 kertas kerja terbaik beliau dalam subjek ini.


 PROF TSO


Sementara itu, Dr Usama Al-Mulali diiktiraf atas petikan penerbitan penyelidikan bagi subjek pelancongan, ekonomi tenaga dan ekonomi alam sekitar bagi tahun 2020.

“Kedudukan senarai ini secara tidak langsung  membuktikan saya dan barisan pasukan penyelidik telah diiktiraf secara signifikan untuk komuniti ahli sains dunia.

"Penyelidikan saya memberi tumpuan kepada topik penting dalam tenaga, alam sekitar dan pelancongan.

“Saya telah berjaya menerbitkan dalam jurnal penyelidikan yang diiktiraf seperti polisi tenaga, ulasan tenaga boleh diperbaharui dan mampan, pengurusan pelancongan, ekonomi pelancongan, isu semasa dalam pelancongan atau jurnal,” ujarnya.

Tambah beliau, artikelnya terkenal dalam kalangan penyelidik seluruh dunia sekaligus membolehnya berjaya memperoleh bilangan petikan yang tinggi, melebihi 7,000  hanya dalam tempoh tujuh tahun yang lalu.


DR USAMA


Bagi Dr Amjad Iqbal pula, beliau secara peribadinya menyifatkan senarai kedudukan itu sebagai satu bentuk penghormatan baginya dan berterima kasih kepada penyelia, rakan sekerja, pembiaya penyelidikan serta kerajaan Malaysia.

"Saya berharap kedudukan ini akan menarik lebih ramai pembiaya ke universiti, terutama untuk penyelidikan dan pembangunan mengenai komponen pasif RF/Microwave, komunikasi tanpa wayar, teknologi gelombang mm, reka bentuk antena dan pengukuran dalam bahagian hadapan RF berbilang standard.

"Saya akan terus bekerja keras untuk temui hasil penyelidikan yang memberi impak dan bermanfaat kepada masyarakat," kata Amjad yang merupakan pakar dalam mereka bentuk komponen Pandu Gelombang Bersepadu Substrat (SIW) untuk teknologi wayarles generasi akan datang.


DR AMJAD


Untuk info, Universiti Stanford menyenaraikan lebih 150,000 saintis yang manuskrip penyelidikan mereka diterbitkan dan mencapai kemajuan yang cepat dalam bidang masing-masing.

Para saintis dipilih berdasarkan Scopus (pangkalan data abstrak dan petikan kesusasteraan semakan rakan sebaya) yang meletakkan kedudukan jurnal dan memberikan indeks petikan.

Mereka juga disenaraikan berdasarkan petunjuk petikan piawai yang merangkumi maklumat tentang bilangan petikan, Indeks H, pengarang bersama dan penunjuk komposit setiap saintis. - KitaReporters 


Universiti Stanford. - Kredit foto: Idil Tuysuzoglu

13
11
0
6
0
You will be interested