Kampus & Pendidikan 19 Jan, 2022

Tahniah Dr Haim Hilman! Dilantik sebagai Naib Canselor baharu UUM! Berkuat kuasa 17 Jan 2022!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this


Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Utara Malaysia(UUM), Prof Dr Haim Hilman Abdullah kini dilantik sebagai Naib Canselor UUM yang baharu.

Pelantikan Haim Hilman, 49, memegang tampuk jawatan berkenaan berkuat kuasa mulai 17 Januari 2022.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan UUM

Prof Datuk Dr Husaini Omar


Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof Datuk Dr Husaini Omar berkata pihaknya yakin dan percaya Haim Hilman mampu menggalas tanggungjawab diberikan sebaik mungkin berdasarkan segala segala pengalaman, pengetahuan serta kredibiliti dimiliki.

“Sebagai Universiti Berfokus yang cemerlang dengan bidang fokus utama iaitu pengurusan di samping berpaksikan visi UUM sebagai “Universiti Pengurusan Terkemuka”, beliau juga dilihat mampu meneruskan kesinambungan UUM.

“Bukan sekadar sebagai pusat kecemerlangan pembelajaran dan pengajaran tetapi juga penyelidikan, penerbitan serta perundingan yang terkemuka dalam bidang pengurusan di dalam dan luar negara,” katanya dalam satu kenyataan media ada 19 Januari 2022.

Tambah kenyataan tersebut, kementerian juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Prof Datuk Dr Ahmad Bashawir Abdul Ghani atas segala sumbangan dan kepimpinan beliau menerajui UUM selama tiga tahun sejak  2018.


 


Sementara itu, untuk info Haim Hilman Abdullah berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana dalam bidang Pentadbiran Perniagaan dari University of Portsmouth, United Kingdom.

Beliau juga telah memperoleh Ijazah Kedoktoran dalam Pengurusan Strategik pada tahun 2010 dari Universiti Putra Malaysia. -KitaReporters


12
14
0
14
0
You will be interested