Menara Gading 24 Jun, 2021

Berita Terkini| MPM iktiraf 2 jenis kelayakan kepakaran perubatan! Pendaftaran pakar dalam NSR!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Gambar hiasan... MPM telah iktiraf dua jenis kepakaran perubatan bagi tujuan pendaftaran pakar di dalam NSR. - Kredit foto: FMT


MAJLIS Perubatan Malaysia (MPM) telah mengiktiraf dua jenis kelayakan kepakaran perubatan bagi tujuan pendaftaran pakar dalam National Specialist Register (NSR) atau Pendaftaran Pakar Kebangsaan.

Presidennya, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata pengiktifaran itu melibatkan kelayakan dalam negara ditawarkan oleh Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) tempatan awam atau swasta dan kelayakan luar negara yang ditawarkan sepenuhnya di negara asal atau kerjasama dengan PPT tempatan.

“Bagi kelayakan dalam negara, PPT perlulah berdaftar bersama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Program latihan kepakaran perubatan ini diakreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) menggunakan “Malaysian Standards for Medical Specialist Training” sebelum diiktiraf MPM.

“Manakala bagi kelayakan dijalankan sepenuhnya di negara asal (luar negara), proses akreditasi MQA tidak diperlukan kerana program ini adalah di bawah badan akreditasi negara masing-masing.

“Namun jika ditawarkan secara kerjasama dengan PPT tempatan melalui program latihan kepakaran perubatan dalam negara pula, perlulah melalui proses  sama seperti kelayakan tempatan,” katanya menerusi satu kenyataan pada Khamis, 26 Jun 2021.

Tambah Dr Noor Hisham, terdapat kelayakan luar negara diiktiraf oleh MPM seperti mana yang dikenali sebagai “Parallel Pathways” di bawah kelolaan pihak KKM.

Katanya, pihak KKM terlibat sediakan kemudahan kepada calon-calon “Parallel Pathways” dari segi penyediaan slot latihan kepakaran berkaitan, seliaan on-the-job training dan bantuan kewangan kepada mereka sebagai persediaan bagi menduduki peperiksaan luar negara ini.

Ujar beliau lagi, pengiktirafan itu hasil mesyuarat bersama pada 15 Jun 2021 antara MPM, MQA, KPT dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi membincangkan pelaksanaan proses akreditasi oleh MQA untuk program latihan kepakaran perubatan dalam negara. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

0
0
0
0
0
You will be interested

Majukan lagi Pelancongan Islam! USIM, ITC meterai MoU! Bangunkan bakat, pengetahuan, pengurusan!

USIM meterai MoU bersama Pusat Pelancongan Islam (ITC) bagi bangunkan bakat, perluaskan pengetahuan dan maklumat berkaitan bidang Pelancongan Islam di Malaysia

Ikon Motivator Muda! USIM hantar wakil ke Intervasity Young Motivator Competition (I-Mac) 2022!

Muhammad Nur Afiq Kamarul Arifen, Shamsul Aiman Mu’amar Shamsul Bahrin muncul Johan, Naib Johan Kejohanan Motivator Muda Piala Pengerusi Lembaga Pengarah USIM
Strategic Communication Centre (StraComm) USIM in Menara Gading 2 days ago

Video| Tahniah! Ts Dr Sharifudin dilantik jadi Naib Canselor baharu USIM! Ganti Dr. Mohamed Ridza!

Profesor Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani dilantik gantikan Profesor Dato’ Dr. Mohamed Ridza Wahiddin yang berkuat kuasa mulai 1 Julai 2022 sehingga 30 Jun 2025
Strategic Communication Centre (StraComm) USIM in Menara Gading 2 days ago

UPM nak perkenal rock melon varieti sendiri! Hasil baik Program Tanaman Rock Melon Varieti Glamor!

Fakulti Pertanian UPM dapat tuaian baik daripada penanaman 620 pokok rock melon (cantaloupe atau tembikai wangi) bagi Program Tanaman Rock Melon Varieti Glamor
Nur Syamila Kamarul Arefin in Menara Gading 3 days ago

Keluarga Malaysia pupuk budi pekerti mulia! Terima kasih FPSK UPM! Aktif kerja amal kebajikan!

FPSK UPM terus gigih dalam laksanakan aktiviti CSR bagi hulur bantuan, khidmat bakti sukarela kepada pusat jagaan warga emas, keluarga asnaf, rumah anak yatim
Rosdi Ismail in Menara Gading 4 days ago