Insan & Komuniti 14 Apr, 2021

Berita Terkini| Kanak-kanak perempuan 11 tahun digigit anjing liar! Terima rawatan di hospital

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Antara kecederaan dialami Syauqina Rifqa yang digigit oleh anjing liar di kawasan rumahnya di Wangsa Maju pada 13 April 2021. - Kredit foto: Sinar Harian 


SEORANG kanak-kanak berusia 11 tahun yang baru pulang daripada kelas agama di sekolah telah digigit oleh anjing liar di kawasan rumahnya di Seksyen 2, Wangsa Maju, Kuala Lumpur kira-kira 5.30 petang pada 13 April 2021.

Kejadian itu menyebabkan Syauqina Rifqa Sarnizam mengalami kecederaan pada bahagian kepala, lengan kiri, betis kaki kanan serta  belakang badan dan kini dirawat di Hospital Gleneagles.

Memetik laporan Harian Metro pada 14 April 2021, ibu mangsa, Norhafizah Abdul Ghafar, 41, berkata anaknya digigit haiwan itu selepas mangsa cuba menghalau anjing liar itu yang menghampiri kawasan arnab peliharaannya.

"Sebaik tiba di rumah selepas balik sekolah, anak saya bagi tahu dia ingin pergi halau anjing ekoran terdengar bunyi salakan anjing dari arah sangkar arnab peliharaan kami.

"Saya meminta dia tunggu sekejap kerana ingin pergi bersamanya namun dia tetap pergi sendiri dan tidak lama kemudian  terdengar dia menjerit. Ketika saya melihatnya, anak saya telahpun tertiarap sambil dua ekor anjing liar memandang ke arahnya.

"Meskipun telah cuba halau anjing itu namun haiwan berkenaan tidak berganjak dan hanya pergi selepas suami saya datang halau serta mengejar anjing-anjing berkenaan," katanya.

Ujar Norhafizah lagi, jirannya membantu membawa Syauqina ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan sebelum kemudiannya dipindahkan ke Hospital Gleneagles Kuala Lumpur bagi mendapatkan rawatan lanjut. - KitaReporters 


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporters

0
0
2
0
1
You will be interested