Insan & Komuniti 08 May, 2021

Berita Terkini| Tragedi dipanah petir! Seorang nelayan selamat! Seorang lagi hilang di laut!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

Lokasi kejadian seorang nelayan hilang selepas dipanah petir dan seorang lagi terselamat. Kredit foto:  JBPM


SEORANG nelayan terselamat manakala rakannya masih hilang di laut selepas dipanah petir ketika mereka keluar menangkap ikan di Jeti Batu Lintang, Tikam Batu, Sungai Petani dalam kejadian awal pagi, 8 Mei 2021.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian jam 5.17 pagi.

“Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tikam Batu bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati terdapat seorang mangsa, Sobri Hussain, 34 yang dibawa nelayan tempatan ke Jeti Batu Lintang.

“Dia terselamat ketika cuba selamatkan seorang rakannya yang dipanah petir sebelum terjatuh ke dalam laut. Identiti mangsa hilang belum diperolehi setakat ini,” katanya menerusi satu kenyataan, 8 Mei 2021.

Katanya lagi, mangsa yang selamat dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani menaiki ambulans untuk rawatan lanjut dan operasi pencarian mangsa dikhuatiri hilang masih berjalan. KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter


 

 

0
0
0
0
0
You will be interested