Insan & Komuniti 08 Apr, 2020

TERIMA KASIH!! PENCERAHAN DARI PEJABAT ADUN

@editor 1
Editor Satu di KitaReporters >> Boleh emel kepada editor@kitareporters.com & Editor Satu di UtusanPress >> Boleh emel kepada editor@utusan.press

Share this

PENJELASAN berkaitan isu tular kemiskinan DUN Kampung Tanjung Lumpur. : KitaReporters

Pautan kepada laporan awal: https://kitareporters.com/insan/y1aKrrlreQ



"Setelah isu ini menjadi tular dengan meluas, kami bagi pihak Pejabat ADUN Tanjung Lumpur ingin memberikan penjelasan berkaitan kenyataan Norzuzileeyana Ramlee yang telah di tularkan oleh media sosial 3 hari lepas.

Pihak kami sememangnya tidak berminat untuk memberikan penjelasan tentang isu ini, tetapi oleh kerana kami di hujani dengan pertanyaan dan kecaman dari seluruh Negara maka kami terpaksa memberikan penjelasan berkaitan isu ini.

Beliau sebelum ini tinggal di Flat Pak Mahad bersama ibunya dan kini tinggal di rumah usang Kg Tanjung Lumpur, beliau adalah penerima sumbangan barangan dapur hampir setiap bulan dari Pejabat ADUN Tanjung Lumpur.

Di musim PKP ini beliau juga telah pun menerima sumbangan dari bilik operasi kami sebanyak dua kali begitu juga ibunya, pihak kami difahamkan beliau juga menerima sumbangan dari pihak lain, seperti NGO dan Masjid sebelum isu kemiskinannya tular.

Apa yang mendukacitakan kami ialah kenyataan yang tertulis sepertinya beliau lansung tidak mendapat bantuan dan juga lansung tidak mendapat perhatian dari pihak wakil rakyat sedangkan beliau hampir setiap bulan menerima bantuan dari Pejabat ADUN dan juga dalam tempoh PKP, sebelum isu ini tular ahli rumah beliau juga mendapat bantuan dari pihak lain seperti ngo, Masjid dan MUIP melalui e-asnaf.

Tidak lah menjadi satu kesalahan bagi pihak beliau memohon sumbangan derma dari orang ramai, cuma yang menjadi dukacitanya bagi pihak kami ialah kenyataan yang tertulis itu memburukan pihak lain bagi meraih simpati termasuklah memburukkan pihak ADUN, Namun pihak kami tidak pasti apakah itu kenyaataan beliau namun kami menjawap apa yang tertulis.

Apapun kami mengucapkan terima kasih kepada semua penderma-penderma yang telah membantu beliau yang merupakan penduduk di DUN Tanjung Lumpur, diharapkan selepas ini semua pihak mesti berhati-hati, samada beliau dan wartawan yang menulis agar apa yang di tulis itu biarlah pekara yang sebenar.

Jangan meraih simpati dengan memburukkan orang lain kerana apa jua yang kita tulis, ianya juga secara automatik tertulis didalam buku suratan amal yang akan dibicarakan di Akhirat nanti. Semoga kita semua di berikan hidayah dan petunjukNya agar sentiasa berada diatas jalan kebenaran."

Pejabat ADUN Tanjung Lumpur.8 April 2020.


4
1
1
0
0
You will be interested