Insan & Komuniti 30 Jun, 2021

Berita Terkini| Marah disuruh nenek mandi! Budak perempuan 11 tahun ditemukan mati tergantung!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

Gambar hiasan... Budak berusia 11 tahun ditemukan mati tergantung di Taiping. - Kredit foto: inforakyat.net


SEORANG budak perempuan berusia 11 tahun ditemukan mati tergantung pada besi katil di bilik tidurnya di Taman Tupai Mas, Taiping.

Dalam kejadian pada 29 Jun 2021 itu mangsa dipercayai mengambil tindakan nekad sedemikian setelah tidak berpuas hati kerana disuruh mandi oleh neneknya.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata pihak polis bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 7.52 malam.

“Mangsa didapati menggunakan kain sari yang diikat pada besi katil dua tingkat untuk menggantungkan diri.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati kanak-kanak tersebut berbuat begitu kerana tidak berpuas hati dengan leteran neneknya yang menyuruh dia mandi. Mangsa dibawa ke Hospital Taiping namun disahkan telah meninggal dunia.

“Berdasarkan temu bual dengan nenek mangsa, kanak-kanak itu dijaga oleh neneknya dan ibu bapanya telah bercerai,” katanya dalam satu kenyataan seperti dilaporkan oleh Utusan Malaysia, 30 Jun 2021.

Tambah Osman, mangsa dipercayai seorang yang hiperaktif serta suka mencuba sesuatu perkara berdasarkan pengamatannya dan keputusan bedah siasat mendapati punca kematian kanak-kanak itu disebabkan patah leher akibat gantung diri.

Katanya lagi, tiada unsur jenayah dalam kejadian berkenaan dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

2
1
3
0
4
You will be interested