Seringkali kita mendengar sumbangan percuma beras, minyak dan seumpamanya.
Namun begitu, kali ini menerusi Program Tuaian Serentak Projek Estet Kerang Negeri Johor, agihan kerang percuma telah diagihkan kepada 2,150 orang awam pada 14 Februari 2026.

Yang lebih menariknya keseluruhan kerang yang diagihkan secara percuma itu adalah sebanyak 4.25 metrik tan.
Projek ini turut melakar sejarah tersendiri apabila tuaian serentak di kesemua lot ternakan diiktiraf oleh Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai Acara Terbesar Tuaian Serentak Kerang Darah atau Largest Simultaneous Cultured Blood Cockle Harvest Event.


Sebanyak 8 tan metrik kerang telah dituai pada program yang berjalan serentak di kesemua 17 lot estet kerang Johor.
Inisiatif ini dijangka dapat memperkukuh dan memartabatkan projek estet kerang Johor sebagai model pembangunan akuakultur yang berjaya dan berdaya saing.

Sementara itu, syabas dan tahniah diucapkan kepada Majlis Perbandaran Kulim, Kedah (MPKK) yang terbukti peduli dan prihatin kepada semua golongan masyarakat khususnya yang meraikan sambutan Tahun Baharu Cina, Ramadan serta Hari Rasa Aidilfitri tidak lama lagi.


Sejajar dengan sambutan tersebut, MPKK mengambil inisiatif segera dengan menyampaikan serentak sumbangan Tahun Baharu Cina, Ramadan dan Aidilfitri pada 12 Februari 2026 lalu di Dewan Putra, Kulim.
Lebih menarik lagi. program sebegini mampu menghimpun semua golongan masyarakat yang tidak bernasib baik dan dapat mengeratkan silaturahim serta menyemai nilai kebersamaan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum. - KitaReporters


Persembahan berbentuk Islamik turut menggamit kehadiran masyarakat Muslim menjelangnya Ramadan Al-Mubarak.