Mula-mula yang bergaduh tu cuma "perang mulut" saja. Perselisihan usik-mengusik bahasa "biasa-biasa saja" yang bersabit dengan isu warga Korea Selatan tidak peka ketika menggunakan kamera pada persembahan konsert oleh penyanyi K-pop yang di Kuala Lumpur pada 31 Januari 2026.
@clipdunia1 Awal mula KNetz vs Seablings #knetz #seablings #kpop ♬ suara asli - clipdunia

Peminat K-pop di negara ini luahkan perasaan tidak senang hati kerana kamera DSLR yang digunakan untuk merakam tu menghalang pemandangan.
Dan bila netizen Korea Selatan (K-Netz) baca komen tu, mereka buka video dalam talian dan mulalah kutuk-kutuk orang Malaysia.
Peminat tempatan mula naik anginlah. Sakit hati bila komen tu dianggap bersifat rasis. Ada ke patut diperlinya orang Asia Tenggara ni tidak kacaklah konon sebab kulit hitam, miskinlah dan tiada "class".
Selepas warga Malaysia "dibelasah, dilenyek beramai-ramai" abang besar mana boleh tahan. Itu yang Indonesia "melangkah ke gelanggang perang siber" pula.
Tidak lama kemudian Singapura sokong, diikuti Kemboja dan Thailand serta Filipina. Haaa sudah, tak ada angin, tak ada ribut "hero" dari India tunjuk aksi ala-ala hero filem Tamil dan Hindilah pula tu.
"Perang" mulut itu kemudian menular dalam maya yang kemudian dinamakan "SEAblings vs Netizen Korea (Knetz)". SEA tu bermaksud Asia Tenggara dan Sibling tu pula adik beradik.


Tidak tahan melihat "adik" serumpuan "dibelasah", "abang besar" abang jauh di Brazil dan Timur Tengah ikut sama. Mereka gelar diri (negara) sebagai SEAblings. Adik-beradik buka gelanggang dan buat pencak silat mulut @ pulut.
Daripada dituduh orang Asia Tenggara ni bodoh dan setaraf "sekumpulan monyet" oleh K-Netz tu dengan serta merta membuatkan "abang" "kakak" Asia Tenggara masuk gelangganglah.
Sebelum ini warga Indonesia sudah terhutang budi kepada adik beradik di Asia yang bantu hantar makanan guna ojek (Grab) bila negara tu dilanda rusuhan tahun 2025 lalu akibat pemimpin yang dituduh tidak jaga hak rakyat.
Maka terhasillah juga rangkaian global yang menyertai SEAblings untuk "memusnahkan" kesombongan yang dimiliki K-Netz tu.
Ternyata K-Netz ni tak kenal lagi "perangai" anggota SEAblings ni yang dulunya, ayat-ayat koyak mereka lebih dashyat dan parah. Sampai suatu ketika Isreal pun gerun dan "lumpuh" kata-kata apabila media sosial dipenuhi komen dari Malaysia dan negara Asia.
Ada ke patut K-Netz ni keji orang Asia Tenggara ni sebagai masyarakat miskinlah, kulit gelap dan bagaikan haiwan. Siap paparkan keluarga monyet.
Dan mereka fikir dah "menang" "mencaci", maka gegak gempitalah mereka bersoraklah riang gembira meraikan kemenangan tu.


Keseronokan mereka yang dianggap sebagai rasis ni tidak lama pun, akhirnya terduduk serta merta apabila bertubi-tubilah ruang layar media sosial Korea dipenuhi dengan kata-kata "koyak" termasuk gelaran warga "plastik" dan puak yang berlagak bangga, cantik tapi palsu.
Sebelum itu, orang Korea Selatan selama ni anggap mereka "terlebih maju" dalam industri hiburan dan dipuja oleh "kelas bawahan" orang Asia Tenggara ni, mereka berhak digeruni dan mula "luku" kepala warga Malaysia.
Bila Brazil yang nun jauh di sudut dunia ikut sokong SEAblings mengecam sikap Knetz. Lepas tu satu-satu negara menyertai "Team Seablings" ikut kritik Team South Korea ni, maka muncullah games "perang mulut" yang tidak pun dianggap bahaya.
Sebab kata seorang pempengaruh di TikTok, orang Asia bukan tidak berniat apapun, mahupun untuk menang. Sebab mereka cuma mahu lepas geram saja dan soal juara tidak tertakluk dalam "perang mulut" ni.
Masing-masing hanya suka-suka cari gaduh. Selama ni orang Indonesia suka "kutuk" warga Malaysia pula balas kutukan tu balik, buat aksi "perang mulut" dalam media.
Kali ni ada yang membuat aksi ini macam "pertempuran dua gengster".


Bila Malaysia dilanyak, "gengster " dari Thailand, Kemboja, Singapura dan sehingga kini dah lebih 40 "gengster" yang terasa sakitnya bila paha kiri dipatahkan, maka paha kanan turut terasa datang membantu.
Mereka "bangkit" berduyun-duyun datang ala-ala budak nakal mahu membalas dendam menolong adik beradik yang sedang "dibelasah".
Ada yang sampai tiru aksyen ayam geprek, pece lele dan bakso. Ada tu tiru pertempuran macam dalam siri Ultraman dengan raksasa kucing.
Ada pula buat adegan The Guardian Angels dan paparan seolah dua ekor kucing bergaduh.
Malah pertarungan tu dilambangkan dengan kejohanan gusti rumble bila ahli gusti beramai-ramai masuk gelanggang menggasak si pembuli. - KitaReporters
@ahihihihihi628 SEA-blings vs south korea #malaysia #vietnam #thailand #indonesia ♬ New Sun - Chihei Hatakeyama