Insan & Komuniti 15 Feb, 2026

Anak yatim dan asnaf disantuni! Murid sekolah terima sumbangan persekolahan! Program TIC Prihatin!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi. email:[email protected]

Share this

Seramai 45 murid asnaf dan yatim piatu dari Sekolah Kebangsaan (SK) Tarcisian Convent, Ipoh menerima sumbangan kelengkapan persekolahan dalam Program TAJ International College (TIC) Prihatin dan Community Education Network 2026 yang berlangsung di Dewan Utama TIC, Ipoh pada 4 Januari 2026 lalu.


Ayob Khan Mydin Pitchay menyampaikan sumbangan kelengkapan persekolahan kepada murid asnaf dan yatim piatu. -  Kredit foto: FB PDRM RMPTV 


Sumbangan tersebut disampaikan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay yang hadir mewakili Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis Malaysia (Perkep) Puan Sri Zalena Mohd Ariffin yang juga alumni sekolah berkenaan.

Sebahagian murid yang menerima sumbangan bergambar kenangan di majlis ini.


Program berkenaan merupakan inisiatif kebajikan dan pendidikan bagi membantu meringankan beban keluarga kurang berkemampuan dalam menyediakan keperluan asas persekolahan anak anak menjelang sesi baharu persekolahan.
Ketibaan beliau kira kira pukul 2 petang disambut oleh Ketua Polis Perak CP Datuk Noor Hisam Nordin bersama Pengerusi Eksekutif TIC Tina Tajuddin.
Dalam majlis tersebut murid murid menerima pakaian seragam, beg sekolah, kasut, alat tulis serta pelbagai keperluan pendidikan lain.
Ayob Khan Mydin Pitchay meninjau pameran automotif.

Aktiviti gunting rambut percuma turut diadakan sempena program ini. -  Kredit foto: FB PDRM RMPTV  


Menurut penganjur, program itu bukan sahaja memberi bantuan material malah diharap dapat meningkatkan motivasi dan keyakinan diri murid-murid untuk memulakan sesi persekolahan dengan lebih bersemangat.

Terdahulu Ayob Khan turut melawat reruai pameran serta beramah mesra dengan pengusaha jualan amal dan pengunjung yang hadir.
Pelbagai aktiviti sampingan turut diadakan termasuk jualan back to school, pertandingan bayi comel dan pertandingan mewarna kanak-kanak yang menceriakan suasana program. - KitaReporters

Antara tetamu yang menjayakan majlis perasmian penyerahan sumbangan kepada 45 murid asnaf dan yatim piatu. 


Ayob Khan Mydin Pitchay bersama tetamu kehormat, penganjur dan penerima sumbangan bergambar kenangan.  -  Kredit foto: FB PDRM RMPTV 

11
10
0
11
0
You will be interested