Orang ramai perlu memastikan tidak membuat pembakaran secara terbuka kerana ia boleh menyebabkan berlakunya kebakaran dan kehilangan nyawa kerana kecuaian kita.
Begitulah nasihat Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak supaya orang ramai berhati-hati dengan salah satu punca yang menyebabkan kebakaran jika kita lalai.

Yusri Mohd Yusoff @ Hashim (kiri) ketika melancarkan Ops Siaga Raya Tahun 2026 di Taiping Mall.
Timbalan
Pengarah Bomba Perak Yusri Mohd Yusoff @ Hashim berkata, pembakaran sama ada
sampah ataupun sebagainya jika dibiarkan ia boleh merebak dan menyebabkan
berlakunya kebakaran besar.
“Kita perlu memastikan
api sampah dipadamkan jika mahu beredar dari kawasan berkenaan,” katanya pada
Kempen Kesedaran Keselamatan Kebakaran Sempena Musim Perayaan Tahun 2026 ‘Ops
Siaga Raya’ di Pusat Beli Belah Taiping Mall di Taiping pada 11 Februari 2026.
Yusri
berkata, menjelang musim perayaan jika mahu meninggalkan rumah perlu memastikan
peralatan memasak dipastikan berada dalam keadaan selamat kerana jika tidak ia
boleh menyebabkan risiko kebakaran.
“Biasanya
kebanyakan pemilik rumah balik kampung dan jika ada aktiviti memasak boleh
memberikan risiko kebakaran.
"Pastikan apabila tinggalkan rumah, peralatan memasak dan elektrik hendaklah ditanggalkan bagi mengelak kebakaran,” katanya.
Ditanya mengenai operasi premis pusat dobi layan diri di negeri ini, beliau berkata, pengusaha premis tersebut hendaklah memastikan operasi mereka mempunyai peralatan keselamatan bagi mengelak berlakunya kebakaran yang membahayakan pengguna termasuk kehilangan nyawa.
“Pengusaha yang menggunakan gas hendaklah memastikan keselamatan premis mereka bagi mengelak pengguna terdedah dengan bahaya itu,” katanya.

Yusri (tengah) bertanyakan sesuatu dengan dua pekerja di sebuah butik pakaian ketika membuat tinjauan dalam Ops Siaga Raya Tahun 2026 di Taiping Mall.
Katanya,
kebakaran premis kediaman merupakan tertinggi terbabit kebakaran berbanding
hotel dan resort.
Menurut
beliau, sebanyak 4,259 kes kebakaran dilaporkan
dan 886 mangsa diselamatkan dalam tempoh Januari - Disember 2025 hingga Februari
2026.
Yusri berkata, dalam tempoh itu, sebanyak 352.01 juta harta benda diselamatkan, manakala kerugian akibat kebakaran dianggarkan sebanyak RM109. 995 juta.
Bagi tempoh Januari 2026 hingga 10 Februari 2026 pula, dianggarkan sebanyak RM11.5 23 juta harta diselamatkan dan kerugian dianggarkan sebanyak RM4.717 juta.
Selain itu beliau berkata sebanyak 80 peratus anggota bomba akan bertugas sempena perayaan Tahun
Baharu Cina pada minggu depan.
Daripada jumlah itu, hanya 20 peratus anggota bomba dibenarkan bercuti. - KitaReporters
