Insan & Komuniti 23 Dec, 2022

Akhirnya! Hampir 2 tahun berkampung di hospital! Pasangan kembar 9 kembali ke rumah sendiri di Mali!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this


SELEPAS hampir dua tahun berkampung dan tinggal berhampiran hospital di Maghribi, akhirnya impian wanita hebat yang melahirkan anak kembar sembilan untuk kembali semula ke kediaman di tanah air sendiri di Mali untuk menjalani kehidupan normal akhirnya terlaksana.

Memetik laporan metro.co.uk, pada 17 Disember 2022 lalu, pasangan Halima Cisse dan suaminya Abdelkader Arby yang tinggal sementara berhampiran pusat perubatan pakar Ain Borja di Casablanca  selama 19 bulan mengakui teruja untuk kembali ke kediamannya di Mali.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan kembar-kembar 

Video| Kembar 9 semakin membesar, lasak! Perlukan 100 lampin sehari! Minum 6 liter susu sehari! - KitaReporters 


Katanya selepas sekian lama menunggu saat ini akhirnya impian untuk kembali semula ke rumahnya akhirnya dimakbulkan.

“Sudah lama menunggu dan syukur kerana akhirnya dapat pulang ke rumah,” katanya.

Hasima memberitahu kesemua anak kembarnya yang terdiri empat lelaki dan lima perempuan itu membesar dengan sempurna dan sangat aktif dalam menjalani kehidupan seharian.



Bagaimanapun dia mengakui walaupun teruja untuk pulang ke kampung halaman dan menjalani kehidupan baru di rumah sendiri namun pada masa sama mengakui  bimbang memikirkan keadaan anak-anaknya apabila berdepan di tempat baharu.

“Rasa sedih turut menyelubungi ketika mereka meninggalkan klinik di Casablanca kerana sudah melihat kakitangan di sana sebagai keluarga tetapi pulang ke rumah secepat mungkin pastinya menjadi keutamaan,” ujar pasangan itu.

Halima yang memecah rekod dunia dengan memiliki bayi kembar paling ramai dan jarang berlaku di dunia berdepan detik mencemaskan ketika proses mengandung dan bersalin.



Malah ibu muda berusia 27 tahun hampir maut akibat kehilangan banyak darah semasa pembedahan pramatang yang terpaksa dilakukan untuk membantu melahirkan sembilan bayinya dengan selamat.

Selepas mereka dilahirkan, kesemua bayi itu perlu mendapatkan rawatan di dalam inkubator sehingga sihat sepenuhnya.

Pada awal kelahiran semua bayinya mempunyai berat badan antara 500 gram hingga sekilogram. Malah terpaksa diletakkan di dalam inkubator di unit rawatan rapi (ICU) hospital selama beberapa bulan. 

Namun kini, semua anak kembar wanita hebat itu bertambah berat badan dan terus menunjukkan perkembangan kesihatan baik yang bermakna mereka boleh pulang ke Mali tidak lama lagi.



Namun kini semua anak kembar yang terdiri daripada lima perempuan dan empat lelaki itu dilahirkan pada 5 Mei 2021 lalu dan memerlukan lebih 100 lampin pakai buang dan enam liter susu setiap hari.

Namun pasangan bertuah itu bersyukur kerana pemerintah Mali menyediakan pelbagai bantuan kepada pasangan itu dan sebuah kediaman baharu direka khas dengan pelbagai kelengkapan untuk memenuhi keperluan keluarga besar mereka.

Sebelum ini pasangan tersebut telah memiliki seorang anak perempuan, Souda yang kini berusia empat tahun.

Isteri kepada pegawai tentera ini berkongsi perjalanan bergelar ibu yang dilalui adalah pengalaman berharga dan hanya dirasai dirinya seorang dalam dunia kerana memiliki anak dalam kuantiti yang ramai dalam satu masa.

Semestinya Hasina kini tidak sabar menunggu detik indah dan pastinya memberi pengalaman baharu kepada sembilan kembar itu di rumah baharunya. - KitaReporters


14
7
0
17
0
You will be interested