Insan & Komuniti 26 Oct, 2021

Video| Kembar 9 semakin membesar, lasak! Perlukan 100 lampin sehari! Minum 6 liter susu sehari!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this

Seorang daripada sembilan bayi kembar Halimah yang ditempatkan di dalam inkubator selepas dilahirkan.


SUKAR digambarkan dengan kata-kata kegembiraan yang dirasai apabila disahkan hamil kembar! Mungkin sedikit gementar terutama jika ia kehamilan pertama namun keterujaan mengatasi segalanya.

Pelbagai perkara dan tanda tanya mula membelenggu diri, ada yang bimbang bagaimana kaedah terbaik untuk memastikan diri dan bayi berada dalam keadaan sihat, tidak kurang ada yang sudah memikirkan kaedah untuk melahirkan kelak sama ada secara normal atau pembedahan.

Kehamilan kembar atau berganda adalah istilah yang digunakan apabila seseorang wanita disahkan hamil lebih daripada satu janin pada satu masa. Ia berlaku satu dalam 80 kelahiran.


Lagi kisah menarik berkaitan kehamilan

Pemantau khas oleh pasukan doktor bagi memastikan kembar yang jarang berlaku berada dalam keadaan selamat dan terurus.


Perasaan sama turut dirasai Halima Cisse dari Mali apabila disahkan mengandung kembar.

Namun kembar yang 'dimiliki' wanita dari Mali itu bukan calang-calang apabila dia berjaya memecahkan rekod dunia dengan melahirkan sembilan bayi kembar atau dikenali sebagai nonuplet. 

Masha-Allah hebatnya!

Inilah rezeki dan kurnia Allah, bukan semua dapat lalui pengalaman luar biasa yang dipilih oleh-Nya.


Bayi kembar sembilan atau dipanggil nonuplet milik pasangan Halima Cisse dan suaminya, Kader Arby yang selamat dilahirkan secara pembedahan di Klinik Ain Borja, Maghribi (Morocco) secara pembedahan.



Isu kehamilan Halima menarik perhatian ramai apabila wanita itu dan tular seluruh dunia, apa tidaknya pasukan doktor yang merawatnya ibu muda yang masih bergelar pelajar itu mengandung kembar tujuh tetapi pada saat kelahiran pula 'muncul' lagi dua bayi menjadikan keseluruhan sembilan.

Kesemua bayi kembar berkenaan selamat dilahirkan menerusi pembedahan di Klinik Ain Borja di Casablanca, Maghribi (Morocco), Mei lalu. 


Video| Mula-mula sangka 2, 3! Kemudian jangka 7! Apabila bersalin keluar 9 anak! Rekod dunia! 

Halima dan suami rasa bersyukur dengan rezeki yang diterima walaupun mengakui penat melayan karenah sembilan anak kembarnya .


Kenangan saat sarat mengandung kembar 9 yang terpaksa diterbangkan ke Casablanca dari Mali bagi mendapatkan rawatan yag ditanggung sepenuh oleh kerajaan Mali.


Kini selepas sembilan bayinya semakin membesar, Halima semakin tidak menang tangan melayan kesemua cahaya matanya.

Ibu muda itu yang setia ditemani suami, Kader Arby  yang dilaporkan kini bersiap sedia untuk pulang ke negara asalnya selepas 'berkampung' selama lima bulan untuk proses bersalin di Casablanca.

Lapor Daily Mail, sekeping gambar memaparkan Halima Cisse bergambar bersama suaminya, Kader Arby dan sembilan anak kembarnya didedahkan buat pertama kali.


Semakin membesar dan lasak kesemua sembilan bayi kembar Hasima dan bersedia untuk terbang semula ke negara asalnya, dalam masa terdekat.


Halima turut memecahkan rekod dunia dipegang oleh Nadya Suleman yang melahirkan lapan anak kembar pada 2009.

“Saya lega semuanya berjalan lancar dan saya gembira dapat menjaga mereka.

“Anak saya semakin kuat setiap hari dan mereka mungkin dibenarkan keluar hospital tidak lama lagi. Jadi kami boleh bawa mereka pulang ke rumah,” ujar Halima lagi.


Seorang daripada bayi kembarnya yang terpaksa dimasuk ke dalam inkubator beberapa jam selepas dilahirkan Mei lalu.


Sembilan bayi kembar itu terdiri daripada lima perempuan dan empat lelaki.

Dilaporkan, semua anak kembar Cisse mempunyai berat badan antara 500 gram hingga 1 kilogram

(kg) semasa dilahirkan dan mereka terpaksa diletakkan di dalam inkubator di unit rawatan rapi (ICU) hospital selama beberapa bulan. 

Namun kini, semua anak kembar wanita itu bertambah berat badan dan terus menunjukkan perkembangan kesihatan baik yang bermakna mereka boleh pulang ke Mali tidak lama lagi.

Sebelum ini, Halima diterbangkan ke Magribi  ketika usia kandungannya 30 minggu, bagi mendapatkan rawatan khas berikutan kandungan istimewa tersebut dan jarang berlaku di dunia.

Halima bagaimanapun selamat melahirkan bayi kembar secara pembedahan pada  5 Mei 2021 lalu selepas dipantau secara rapi pasukan doktor pakar di sebuah hospital di klinik Ain Borja, Magribi.


Bayi kembar ditempatkan di dalam satu inkubator bagi memastikan pembesaran dikawal dengan selamat dengan pemantauan ketat daripada pasukan doktor pakar.


Kongsi ibu muda berusia 26 tahun ini perjalanan harian kini sangat sibuk kerana perlu melayan sembilan karenah anak dalam satu masa.

Malah setiap hari dia memerlukan 100 keping lampin untuk kesemua bayinya berkenaan selain enam liter susu.

"Keadaan ini menyebabkan saya terlalu penat memandangkan semuanya kini semakin membesar dan lasak," ujarnya yang teruja perjalanan yang dilalui sekarang.

Namun isteri kepada pegawai tentera ini berkongsi perjalanan bergelar ibu yang dilalui adalah pengalaman berharga dan hanya dirasai dirinya seorang dalam dunia kerana memiliki anak dalam kuantiti yang ramai dalam satu masa.

Semoga semua anak Halima membesar dengan baik dan berjaya di dunia dan akhirat!.  - KitaReporters


Halima bersama suamniya melihat seorang daripada kembarnya yang ditempatkan dalam inkubator beberapa hari selepas kelahiran pada Mei lalu.

16
12
0
12
0
You will be interested