Insan & Komuniti 22 Apr, 2021

Berita Terkini| MV Mega Bakti TLDM bantu cari kapal selam Indonesia! Hilang di perairan Bali

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

MV Mega Bakti digerakkan bagi Ops SAR kapal selam Indonesia, KRI Nanggala-402


KAPAL penyelamat kapal selam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) iaitu MV Mega Bakti, telah diatur gerak bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR) kapal selam milik Angkatan Laut Tentera Nasional Indonesia (TNI), KRI Nanggala-402.

Menurut kenyataan Kementerian Pertahanan Malaysia pada 22 April 2021, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Menteri Pertahanan telah menghubungi Menteri Pertahanan Republik Indonesia, Prabowo Subianto bagi memaklumkan perkara itu.

"Operasi melibatkan 54 kru terdiri dari tujuh pegawai dan anggota TLDM serta tiga pegawai dan staf perubatan Angkatan Tentera Malaysia , serta 44 kru MV Mega Bakti. Ops diketuai Komander Mohd Hairul Fahmy  Yob TLDM selaku Coordinator Rescue Force (Penyelaras Pasukan Penyelamat atau CRF).

“Pihak TLDM juga akan mengadakan solat hajat dan memanjatkan doa ke atas keselamatan anak-anak kapal dan agar kapal selam dilaporkan hilang di perairan Pulau Bali segera ditemui," katanya.

MV Mega Bakti telah berlayar dari Jeti Operasi Markas Pemerintahan Kapal Selam, Teluk Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah dan dijangka sampai ke lokasi SAR pada 25 April 2021.

Untuk info, kapal selam milik Angkatan Laut Tentera Indonesia (TNI), KRI Nanggala-402 yang membawa 53 kru dilaporkan hilang di perairan Pulau Bali setelah gagal dihubungi bermula  pukul 4 pagi pada 21 April 2021. - KitaReporters 


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

1
1
0
0
0
You will be interested