Penduduk turut berusaha membantu kebakaran melibatkan rumah atas air di Kampung Simunul, Sabah. - Kredit foto: FB Kota Kinabalu Kini
KEBAKARAN yang berlaku di Kampung Simunul, Semporna, Sabah pada kira-kira jam 11 pagi, 2 April 2021 telah menyebabkan kemusnahan lebih 20 buah rumah atas air yang didiami penduduk.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Semporna, Fazizul
Hizam Borhan berkata pihaknya menerima
panggilan pukul 11.13 pagi dan bergegas ke lokasi kejadian menaiki dua jentera
dengan kekuatan 16 anggota.
“Ketika tiba di lokasi, didapati api sedang marak
memusnahkan beberapa rumah papan atas air yang membabitkan keluasan kira-kira
0.4 hektar terbakar. Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dan apt berjaya
di lawal kira-kira 1.11 tengah hari.
“Punca kejadian serta jumlah sebenar kerugian masih dalam
siasatan,” katanya ketika dipetik menerusi laporan Harian Metro Online.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Katanya lagi, pihaknya juga turut mendapat bantuan dari BBP Kunak
serta agensi lain termasuk Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Polis Diraja
Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia serta Jabatan Air Semporna. - KitaReporters
Kredit foto: FB Kota Kinabalu Kini
Kredit foto: FB Kota Kinabalu Kini
Kredit foto: FB Kota Kinabalu Kini