Kisah Insan 02 Aug, 2020

Terbaiklah Cikgu Bob & rakan-rakan! Bantu mangsa kebakaran!

@rosdi ismail
Berpengalaman sebagai pemberita bersama Berita Harian (BH) bermula pada tahun 1985 hingga 2017. Pada tahun 1991, diserapkan dalam unit penyunting BH di Bangsar, Kuala Lumpur. Kemudian, pada tahun 1997 dipindahkan ke unit pendidikan BH sebagai penyunting

Share this

NAMA Cikgu Bob semakin meniti di bibir penduduk kampung di Batu Pahat, Johor dan sekitarnya apabila gigih melakukan kerja amal dan kebajikan bagi membantu mereka yang ditimpa kesusahan. : KitaReporters


Lagi cerita dari Batu Pahat, Johor:

https://kitareporters.com/search?search=batu+pahat


Cikgu Bob atau nama sebenar Anuar Ahmad mudah tersentuh hati dan terpanggil untuk membantu meringankan bebanan penduduk yang menghadapi masalah atau ditimpa musahabah bukan sahaja di kampungnya Parit Jabar, Senggarang malah di kampung berdekatan.

Cikgu Bob atau nama sebenar Anuar Ahmad. 


Ketika rakyat ditimpa keperitan hidup berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dulu, beliau bersama isteri Cikgu Zurina Salam memecah ‘tabung’ dan mengumpul dana sumbangan rakan-rakan dalam group WhatsApp dan Facebook untuk membeli pelbagai barangan asas untuk diagihkan secara percuma kepada penduduk kampung sekitar Batu Pahat.

(Cerita awal: CIKGU BOB & CIKGU ZURINA "PECAH TABUNG")

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan Rengit, Batu Pahat, Johor, itu sekali lagi bersama-sama rakan turun padang bagi menghulurkan bantuan kewangan dan pakaian kepada lima keluarga yang menjadi mangsa kebakaran baru-baru ini.

Cikgu Bob dan isteri Cikgu Zurina Salam sentiasa berganding bahu membantu penduduk ditimpa musibah.  


Cikgu Bob dan isteri sewaktu mengagihkan barangan makanan dan keperluan asas percuma kepada penduduk yang kesempitan berikutan pelaksanaan PKP.  


Empat keluarga terbabit adalah penduduk Kampung Tongkang Pechah dan satu keluarga dari Kampung Parit Tengah Jalan Parit Gantong, Batu Pahat apabila tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka hangus dijilat api dalam kebakaran yang berlaku serentak.

Cikgu Bob berkata, sebaik sahaja mendapat berita kebakaran itu, beliau bersama beberapa rakan melawat keluarga terbabit sebelum uar-uarkan dalam group WhatsApp, Facebook dan sebagainya untuk mengumpul dana dan bantuan.

Sebuah rumah penduduk di Kampung Tongkang Pechah yang musnah dalam kebakaran baru-baru ini. 


Menurutnya, kawan karib beliau Razif Rahman iaitu pengurus kilang membuat baju-T pula turut menzahirkan rasa simpati apabila turut menyumbang beberapa bungkusan pakaian kepada keluarga terbabit yang kini menumpang di rumah saudara mara.

“Saya melakukan kerja amal dan kebajikan ini atas dasar simpati serta keprihatinan di samping berasa bertanggungjawab membantu mereka yang ditimpa musibah, sebagaimana dilakukan mereka-mereka yang budiman di tempat lain.

“Sebagai guru saya turut terkesan apabila sesuatu musibah itu menimpa keluarga murid saya yang mungkin terganggu pelajaran mereka atau hilang semangat untuk hadir ke sekolah apabila banyak barangan musnah seperti dalam bencana kebakaran,” katanya.

Cikgu Bob bersama rakannya, Razif Rahman (kanan) menghulurkan bantuan kewangan dan pakaian kepada salah seorang mangsa kebakaran, Nazim Hudari.



Cikgu Bob berkata, beliau turut berasa gembira apabila pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut turun padang datang melawat dan menghulurkan bantuan kepada keluarga terbabit dengan mendapat kerjasama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung dan penghulu di kampung terbabit.

“Bantuan dan sumbangan daripada kami semua ini sekurang-kurangnya dapat mengubati hati keluarga terbabit yang menyambut Aidiladha sebelum melakukan kerja-kerja membina semula rumah mereka,” katanya.

Seorang lagi mangsa kebakaran menerima bantuan hasil sumbangan dana yang dikumpul Cikgu Bob dan rakan-rakan.


Dalam perkembangan lain, Cikgu Bob turut melahirkan rasa gembira apabila lagu ciptaan beliau berjudul ‘Kita Jaga Kita’ sempena mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi menyekat penularan Covid-19 selepas sekolah dibuka minggu lalu kini sering diputarkan di beberapa sekolah sekitar Batu Pahat.

Lagu gubahan lirik Cikgu Bob 'Kita Jaga Kita' sebagai ingatan dan motivasi untuk murid bagi menyekat penularan Covid-19 kini sering dimainkan pihak pentadbir sekolah sekitar Batu Pahat.


Beliau yang dimaklumkan oleh beberapa rakan guru di sekolah lain, mereka berkata, lagu itu dimainkan pihak pentadbir sekolah pada awal pagi sebaik sahaja murid hadir ke sekolah dan pada waktu rehat sebagai memberi ingatan dan motivasi termasuk kepada ibu bapa yang hadir menghantar anak mereka.

Lagu itu boleh diikuti atau dirakam pihak sekolah menerusi Facebook beliau atau saluran YouTube selepas diviralkan sebelum sekolah dibuka sepenuhnya minggu lalu. - KitaReporters


You will be interested

Infak gelang emas RM6k bantu aktiviti dakwah! Air mata Ustazah Asma tumpah pada pagi Ramadan!

Keikhlasan seorang ibu tunggal infakkan harta kesayangan untuk bantu kerja-kerja dakwah tinggalkan kesan mendalam hingga menitiskan air mata Ustazah Asma Harun

Isa Ramli in Kisah Insan 1 day ago

Ibadat haji 1442H: Arab Saudi belum buat keputusan muktamad! Tentukan jenis vaksin untuk jemaah

Kerajaan Arab Saudi masih belum buat sebarang keputusan mengenai ibadah haji 1442M/2021H termasuk jenis vaksin yang akan digunakan untuk jemaah - Dr Zulkifli
Isa Ramli in Kisah Insan 3 hours ago

Berita Terkini| Siti Nurhaliza selamat bersalin anak lelaki! Alhamdulillah kini dah sepasang!

Siti Nurhaliza selamat lahirkan anak kedua, bayi lelaki seberat 3.84kg melalui kaedah pembedahan di sebuah pusat perubatan di Selangor pada pagi 19 April 2021
News Editor 1 in Kisah Insan 10 hours ago

Keharmonian kaum dalam perangi wabak Covid-19! 11 NGO Cina Kelantan sumbang bantuan tambahan!

Pusat Kuarantin, Rawatan Covid-19 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK) Kota Bahru terima sumbangan tambahan 75 tilam, bantal daripada 11 NGO Cina Kelantan
Rosdi Ismail in Kisah Insan 18 hours ago

Video| Tertarik dengan cara iklan cari kerja! Lelaki bermotosikal terus ditemu duga tepi jalan!

Seorang lelaki buat iklan "Perlukan!!! Apa Sahaja Kerja" (Butuh!!! Pekerjaan Apa Saja) gunakan kertas tebal (kertas kotak) yang digantung pada belakang badannya
Isa Ramli in Kisah Insan 1 day ago