“SAYA berasa terharu dan sedih apabila mendengar berita ramai keluarga terutama yang miskin terputus bekalan makanan dan pendapatan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan oleh kerajaan bagi menghalang penularan wabak Covid-19 lebih tiga minggu lalu. : KitaReporters
CIKGU Anuar Ahmad dan isteri, Cikgu Zurina Salam.
“Selepas berbincang dengan isteri, kami bersetuju menggunakan wang tabungan dan simpanan bagi membeli pelbagai barangan asas keperluan harian untuk diedarkan secara percuma kepada keluarga terbabit sekitar Kampung Parit Jabar, Senggarang, Batu Pahat,” kata Cikgu Anuar Ahmad.
Beliau yang popular dipanggil Cikgu Bob ketika hubungi berkata, selepas mengumpul duit itu, dia bersama isterinya Cikgu Zurina Salam pergi ke beberapa pasar raya borong sekitar Batu Pahat membeli pelbagai barangan asas utama seperti beras, gula, teh, telur, tepung gandum, susu dan ikan sardin.
Cikgu Bob dengan bantu rakan-rakan bersiap untuk mengedarkan bantuan makanan kepada keluarga miskin.
Katanya,
dengan bantuan anak beliau serta beberapa pemuda kampung, saya masukan barangan
itu dalam beg plastik dan dengan pertolongan rakan-rakan dalam Facebook serta group
WhatsApp kami wara-warakan perkara itu.
Menurutnya, pada minggu pertama edaran dibuat lebih 200 ketua keluarga datang mengambilnya di rumah beliau di Kampung Parit Jabar yang rata-rata daripada mereka itu sudah terputus bekalan makanan dan hilang punca pendapatan.
“Mereka ini yang bekerja sebagai petani, buruh kasar, nelayan sungai dan peniaga kecil mengadu sudah beberapa hari tidak dapat makan nasi, anak kecil hanya diberi air kosong dan tiada wang untuk membeli keperluan harian,” katanya.
Cikgu Bob berkata, ketua keluarga yang tidak dapat datang mengambil bekalan itu kerana masalah pengangkutan, keuzuran terutama warga emas dan tinggal terlalu jauh dia mengambil inisiatif untuk menghantarkan sendiri bantuan itu.
Cikgu Bob sedang mendapatkan bekalan nanas dari pekebun kecil di Rengit untuk diberikan percuma kepada penduduk.
Beliau berkata, dia dan isteri akan terus menghulurkan bantuan kepada keluarga yang memerlukan terutama apabila mereka juga mendapat sokongan dan sumbangan daripada rakan-rakan kerana turut melahirkan rasa simpati.
Katanya, pada hujung minggu, isteri dia membuat
nasi lemak untuk diletakkan di beberapa kedai runcit sekitar Kampung Parit Jabar
bagi diberikan percuma kepada keluarga yang tiada makanan untuk sarapan pagi.
Menurutnya,
beberapa hari lalu dia mendapatkan bekalan nanas dan sayur-sayuran daripada
pekebun kecil sekitar Rengit untuk diberikan percuma kepada keluarga yang
memerlukan selain diedarkan kepada pihak berkuasa yang membuat kawalan PKP.
“Rumah saya
ini sentiasa terbuka kepada mereka yang memerlukan bantuan, termasuklah yang
tinggal luar dari Batu Pahat boleh datang untuk mengambil pelbagai makanan
keperluan asas,
“Saya dan
isteri berasa seronok dan terharu dapat melakukan perkara ini yang secara tidak
langsung saya memperaktikan nilai murni yang diajarkan dalam subjek Bahasa
Melayu dan memberi ilmu kepada murid yang akan menduduki Ujian Pencapaian
Sekolah Rendah,” katanya. - KitaReporters