Insan & Komuniti 03 Feb, 2026

Perintah Khidmat Masyarakat adalah benar! Jangan buang sampah! Tak boleh buang? Kita kitar semula!

Share this

Malaysia menempa sejarah apabila Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) yang mula dikuatkuasakan pada 1 Januari 2026 di beberapa buah negeri terbukti berjaya direalisasikan tatkala ini apabila dua orang warga asing iaitu seorang wanita warga Indonesìa dan lelaki warga Bangladesh didakwa dan boleh dikenakan hukuman PKM.


Wanita warga Indonesia yang dikenakan Perintah Khidmat Masyarakat di Johor Baharu.

Wanita Indonesia tersebut menjadi individu pertama di Malaysia dikenakan denda dan Perintah Khidmat Masyarakat kerana membuang puntung rokok dan botol minuman di tempat awam.

Manakala warga Bangladesh yang turut didakwa atas kesalahan yang serupa didakwa atas kesalahan membuang sampah merata-rata.


Warga Bangladesh yang turut didakwa di bawah akta yang sama di Johor Baharu.

Penguatkuasaan Seksyen 77A Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) memperlihat keseriusan Kerajaan Madani merealisasikan perkara tersebut.

Pertuduhan di bawah akta terbabit membawa denda maksimum RM2,000 dan sebagai tambahan, boleh dikenakan PKM tidak lebih 12 jam secara agregat dalam tempoh tidak lebih enam bulan.


Jangan buang sampah merata-rata jika tidak mahu dikenakan Perintah Khidmat Masyarakat.

Sementara itu, program kumpul barangan terbuang dan kitar semula Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) pada 31 Januari 2026 lalu telah berjaya mengumpulkan lebih 13,000 kilogram barangan terbuang serta sisa pepejal.


Orang ramai membawa bersama pelbagai bahan kitar semula.

Sebanyak lebih 500 kilogram botol kaca dan lebih 4000 kilogram minyak masak terpakai pula telah berjaya dikumpulkan pada hari yang sama.

Manakala lebih 2000 kilogram fabrik dan tekstil lama dan terpakai, 62 kilogram al-Quran lama atau rosak serta 4,330 kilogram bahan 3R terkumpul pada program terbabit.


Penduduk turut komited menyumbang barangan kitar semula dan terbuang.

Antara barangan kitar semula yang turut dibawa bersama oleh orang ramai.

Di samping itu, 45.5 kilogram serta 1,809  kilogram e-waste juga dapat terkumpul dan menjana ekonomi kepada penduduk dan penyumbang.

Secara tidak langsung usaha ini membuktikan komitmen serius semua pihak sehingga mampu mengumpul sejumlah 13,207 kilogram bahan terbuang dan kitar semula. - KitaReporters


Sebahagian daripada botol dan minyak masak yang telah berjaya dikumpulkan.
Antara pelbagai barangan yang turut dibawa serta mampu menjana ekonomi penduduk sekitar.

4
11
0
9
0
You will be interested