Insan & Komuniti 27 Feb, 2026

Video| Tarawih kilat! Tarawih ekspres! Tradisi diteruskan! 20 rakaat, 3 witir selesai 13 minit sahaja!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
Pondok Pesantren (sekolah pondok) Mambaul Hikam, Kabupaten Blitar di Jawa Timur terus menarik perhatian masyarakat apabila meneruskan tradisi solat tarawih kilat atau ekspres.

Ia merupakan tradisi sejak pesantren itu ditubuhkan pada 1907 oleh Kiai Abdul Ghofur dan pesantren itu merupakan yang tertua di Blitar.




Pengasas pondok, KH Abdul Ghofur, mencipta kaedah ini bagi memudahkan penduduk tempatan, majoritinya petani, menunaikan solat tarawih secara berjemaah selepas seharian bekerja di sawah.

Golongan petani meminta solat  tarawih dipercepat bagi membolehkan mereka dapat berkumpul dengan ahli keluarga seusai menunaikan ibadah sunat itu.

Seiring dengan perkembangan zaman, jemaah yang hadir ke Mambaul Hikam semakin bertambah sehingga ada yang datang dari luar Kabupaten Blitar. Ada yang datang kerana mahu mengetahui dan merasa solat tarawih kilat.


Solat tarawih kilat ini menarik perhatian Majlis Ulama Indonesia (MUI) namun tiada kesalahan dapat dibuktikan.

MUI telah menyatakan solat tarawih kilat di Pondok Pesantren Mambaul Hikam sebagai sah dan tidak menyalahi rukun dan syarat solat selepas pemerhatian langsung oleh utusan khas pada 2019. 


  

Namun tarawih kilat itu tetap menimbulkan polemik dan pandangan yang berbeza dalam masyarakat Islam di Indonesia.

Bagi yang ingin merasai solat tarawih kilat ini sila datang dan mencubanya. Mereka dapat menyelesaikan solat tarawih 20 rakaat dan solat witir 3 rakaat dalam masa 13 minit sahaja.

Namun mengikut pengalaman mereka yang pernah mencubanya ia lebih memenatkan daripada cara solat tarawih biasa. 

Ini kerana tarawih kilat perlu mengikut gerakan pantas dan tidak sesuai bagi mereka yang mengalami masalah sendi. - KitaReporters




6
2
0
7
0
You will be interested