Insan & Komuniti 24 Feb, 2026

Video| Apa dah jadi? Jemaah solat tarawih mengadap tiga kiblat berbeza! Sebab masjid bentuk bulat?

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
Seperti biasa di mana-mana sahaja, hari pertama solat tarawih menyebabkan masjid atau surau padat sehingga menyebabkan ada jemaah tidak dapat bersolat di dalam ruang solat. Dan terpaksa bersolat di luar ruang solat sebenar.

Satu kejadian aneh berlaku pada hari pertama solat tarawih di Masjid Baitul Khairaat, Palu, Sulawesi Tengah Indonesia pada 18 Februari 2026.



Kerana ramainya datang untuk bersolat tarawih berlaku tiga kiblat berbeza termasuk  jemaah wanita. Satu di utara, satu di barat dan satu lagi di timur.

Peristiwa itu dirakam pemilik akaun TikTok @ucangakun2 lalu menjadi tular. Bagaimanapun, menurut informasi kejadian itu tidak berulang lagi pada hari kedua dan seterusnya.  


Masjid Baitul Khairaat di Palu, Sulawesi Tengah 


 Difahamkan kejadian itu terjadi kerana sebahagian jemaah keliru dengan keadaan masjid itu yang berbentuk bulat. Namun sebahagian netizen tidak dapat menerima alasan itu.

Apapun kejadian itu mencipta satu lagi kisah unik berkaitan solat tarawih berlaku di seluruh bahagian di Indonesia selama ini. 



Masjid Raya Baitul Khairaat di Palu, Sulawesi Tengah menjadi bangunan ikon yang dibina selepas gempa bumi besar pada 2018. Ia mempunyai kubah selebar 90m, menara setinggi 66.66m, dan jam gergasi sebesar 19.5m pada kos RM92 juta. - KitaReporters


5
3
0
6
0
You will be interested