Fuh! Hebat dan bersemangat! 1,000 sukarelawan turun padang gotong-royong membersihkan Tanah Perkuburan Islam Mahmoodiah di Kampung Mahmoodiah, Johor Bahru pada 21 Februari 2026 merebut ganjaran pahala sempena Ramadan Al-Mubarak.


Pembersihan kubur melalui program 'Gerak Kasih Pusara 2026' adalah anjuran bersama Dewan Teraju Usahawan dan Peniaga Bumiputera Negeri Johor serta Pejabat Kadi Johor dan turut disertai pelbagai jabatan kerajaan, agensi kerajaan,badan korporat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Terbukti usaha pembersihan kubur dengan penyertaan yang begitu ramai menjadi satu inisiatif dan usaha murni yang mampu memupuk semangat kerjasama serta tanggungjawab sosial.


Malah ia memperlihat keprihatinan masyarakat terhadap kebersihan awam khususnya kawasan tanah perkuburan yang sudah sewajarnya menjadi ikutan dan diteladani.

Sementara itu, semangat sukarelawan mahasiswa Universiti Sains Malaysia (USM) terbukti terserlah dengan ketara apabila 1,500 warga kampus di Masjid Al-Malik Khalid menerima juadah berbuka puasa sepanjang bulan Ramadan Al-Mubarak.

Aktiviti yang dilaksanakan oleh 10 sukarelawan pelajar USM dengan dibantu oleh pelajar-pelajar daripada International Mobility and Collaboration Centre USM serta mahasiswa Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) yang secara bergilir-gilir berganding bahu menyedia dan mengagihkan juadah berbuka puasa.

Program sedemikian bukan saja dapat memupuk semangat kebersamaan dan mengeratkan hubungan dalam kalangan warga universiti tetapi juga memupuk nilai kesukarelawan dan semangat setia kawan sesama pelajar-pelajar USM. - KitaReporters

Pelajar wanita juga sama-sama menggembleng tenaga menjayakan program gotong-royong yang direncanakan.