Majlis Perbandaran Taiping (MPT) melancarkan Kalender Acara Tahunan (COE) Pelancongan dan Aktiviti Komuniti Taiping 2026 sebagai perancangan pada tahun 2026 ini.

Selain itu ia juga bagi menyokong Tahun Melayat Malaysia 2026 (TMM 2026) dan strategi pelancongan melalui penganjuran program berimpak tinggi di bandar warisan ini.
Sokongan rakan strategik seperti Tourism Perak sudah tentu pelancongan di Taiping aktif dan berdaya saing sepanjang tahun ini.
Yang
Dipertua MPT Mohamed Akmal Dahalan berkata, kalender tersebut dihasilkan
sebagai manifestasi komitmen berterusan MPT dalam memperkukuh jenama Taiping
sebagai destinasi pelancongan warisan, alam semula jadi dan rekreasi bertaraf
antarabangsa.
“Kalender ini menghimpunkan pelbagai acara utama sepanjang tahun merangkumi program komuniti, sukan, kebudayaan, pendidikan alam sekitar serta tarikan ikonik bandar, sekali gus memastikan Taiping sentiasa meriah, aktif dan menjadi pilihan pengunjung pada setiap musim,” katanya dalam kenyataan pada 13 Februari 2026.

Mohamed akmal Dahalan (tengah) menunjukkan risalah Kalendar Acara Pelancongan dan Aktiviti Komuniti Taiping 2026
Sehubungan
itu, beliau berharap inisiatif ini dapat menyokong TMM 2026
serta menjadi panduan utama kepada pelancong dan penggiat industri pelancongan,
seterusnya merancakkan ekonomi setempat dan mengangkat Taiping sebagai bandar
lestari, berdaya huni serta sentiasa hidup dengan pelbagai aktiviti dan
tarikan.
Secara jelas COE Pelancongan dan Aktiviti Komuniti MPT 2026 bertujuan memperkenal Kalendar Acara Pelancongan dan Aktiviti Komuniti MPT 2026 sebagai dokumen
perancangan rasmi tahunan Majlis.
Selain itu, kalendar
ini menjadi rujukan utama untuk penyelarasan program antara jabatan dan rakan
strategik, selaras strategi pelancongan negeri.
Ia juga turut
memudahkan pemantauan, penyusunan sumber serta promosi awal kepada pelancong
dan komuniti.
MPT yakin kalendar acara ini menyokong usaha menjadikan Taiping sebagai destinasi yang aktif sepanjang tahun, menyumbang kepada keseluruhan strategi pelancongan Perak.

Zoo Taiping & Night Safari antara tarikan utama ke Taiping.
Dengan menonjolkan
tarikan utama seperti Zoo Taiping & Night Safari, Taman Tasik Taiping dan
Bukit Larut (Maxwell Hill).
Impak
daripada kalender tersebut membantu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi
tempatan melalui peningkatan jumlah pelawat, perbelanjaan pelancongan dan
penginapan tempatan.
Selain, merancakkan
sektor perniagaan termasuk restoran, penginapan kecil, usahawan komuniti dan
pengusaha pelancongan.
Semoga
pelaksanaan Kalendar Acara 2026 ini menjadi pemangkin kepada pembangunan
Taiping sebagai destinasi pelancongan yang progresif, mampan dan berdaya saing. - KitaReporters