Insan & Komuniti 23 Feb, 2026

Sembang-Sembang| Beli jangan tak beli! Tapi jangan sampai ketagih! Satu lagi penyakit orang perempuan?

@normala hamzah
NORMALA HAMZAH penerima Anugerah Wanita Inspirasiku 2015. Bekas Pengarang Kanan meja Keluarga Utusan Malaysia dan majalah Wanita. Penulis buku Permaisuri, Ibu Halimah dan Odyssey Dari Lembah ke Puncak. Kini aktif dalam Projek Wakaf Telekung Siti Aishah. Emel >> [email protected]

Share this

Lebih mudah. Lebih murah dan hanya di hujung jari! Begitulah gaya hidup baharu masyarakat yang lebih memilih berbelanja secara dalam talian atau online dari ke kedai atau butik fizikal.
Cepat mudah dan tidak membazir masa! Tapi jangan sampai ketagih dan jadi penyakit dalam diri.


Jadi tidak hairanlah kenapa orang ramai khasnya wanita menjadikan kaedah dalam talian sebagai cara membeli apa yang mereka ingini. Selain mudah dan harga mampu beli, produk yang dijual juga berkualiti dan menepati cita rasa pembeli.
Kemajuan teknologi masa kini memberikan kehidupan yang berwarna warni. Namun ada juga negatifnya jika tersalah menggunanya.
Kemajuan teknologi perlu diperhatikan melalui dua sisi yang kerap terjadi akibat kemajuan teknologi ini iaitu negatif dan positifnya.
Pelbagai hal positif boleh dirasakan dengan kemudahan yang ditawarkan oleh kemajuan teknologi. 
Namun, sisi negatifnya, kemajuan teknologi dapat merosakkan minda dan menyebabkan ketagihan membeli secara dalam talian yang melampau.
Ketagihan berbelanja dalam talian menyebabkan sesetengah orang membeli bukan kerana keperluan tetapi telah menjadi hobinya untuk selalu membeli.


Dalam jangka masa panjang, mereka yang ketagih berbelanja cara ini akan mengalami banyak kesulitan kerananya.
Membelek telefon berjam-jam. Menghabiskan ratusan ringgit sebulan menempah barang yang kadang-kadang bukan keperluan pun.
Contoh, ada yang berbelanja untuk hilangkan stres. Cara ini dapat membuat individu berkenaan merasa lebih baik dan mengelak daripada memikirkan perasaan negatif.
Ada setseengahnya sehingga hari-hari ada parcel yang sampai. Minggu gaji, kiriman bertaburan ke destinasi penerima.
Sampai ada mak mak dan saudara  yang terpaksa menunggu untuk ambil bungkusan tersebut.
Penghantar parcel juga sudah hafal nama dan alamat penerima kerana terlalu kerap menghantar pesanan.


Sama ada remaja,  muda atau tua membeli dalam talian sudah serasi. Mak-mak yang tak pandai beli pula ambil gambar produk yang berkenan di hati dan WhatsApp kepada anak-anak.
Anak-anak yang faham keinginan mak tentu faham isyarat mak hantar WhatsApp itu. Tau-tau parcel sampai. Gembira mak dapat barang idaman.
Pun begitu tidak semua membeli dalam talian memuaskan. Ada juga risikonya. Ada masa order lain, yang sampai barang lain. Order saiz lain, dapat saiz yang lain.
Bila nak tukar banyak pula masalah. Nak kena pack balik semula. Hantar kepada penjual dan tunggu pula barang dipos semula. Kadang cepat kadang lambat. Kadang tak ada respons langsung dari penjual.
Ada juga yang  kena scam. Buat bayaran, bila tunggu, barang tak sampai-sampai. Call balik tak ada respons. Sudahnya nombor sudah tidak ada dalam perkhidmatan.
Ada juga yang marah-marah bila kita klik tapi tak beli. Siap  terus hantar borang order suruh beli sedangkan kita hanya nak bertanya dulu.
"Cik sudah banyak kali klik. Belinya tidak. Jangan membazir iklan saya ya. Bukan free, berbayar tau," antara kata-kata daripada penjual dalam talian yang marah bila produknya tidak dibeli.
Kadang kita bukan nak beli terus. Nak tanya-tanya dulu, saiz, harga dan lain-lain. Bila sudah dimarah, terus tawar hati nak membeli.


Apapun menjelang Hari Raya Aidilfitri akan datang, pembelian dalam talian semakin rancak terutama keperluan wanita seperti pakaian, tudung, alat solek dan lain lain.

Hati- hati. Pastikan jualan dalam talian yang anda pilih tulin dan sahih latar belakangnya. Jangan sampai duit lesap, barang tak sampai. Akhirnya gigit jari kerana kecewa. Sambut raya pun tak ceria.
Selamat berpuasa! - KitaReporters

9
9
0
8
0
You will be interested