Rukun Islam kelima ini, sebaliknya lebih suka pergi melancong atau memberi alasan ‘belum sampai seru’.

Sebaliknya banyak golongan kurang mampu tetap berusaha menyimpan bagi membolehkan mereka mengerjakan ibadat haji. Malah ada yang sanggup menjual harta termasuk tanah atau ternakan untuk tujuan itu.

Di Indonesia, tiada lembaga khusus bagi urusan simpanan haji seperti Tabung Haji.
Justeru bagi tujuan menyimpan wang bagi melakukan ibadat haji, bakal jemaah perlu mempunyai akaun simpanan haji di beberapa bank yang dilulus oleh kerajaan.
Menurut Moh Nasrudin apa yang dilakukan oleh dia dan isteri bukan untuk pubisiti, sebaliknya menjadi motivasi bagi pihak lain mencuba caranya yang bersusah payah mengumpul duit untuk melakukan ibadat haji.
Minat Moh Nasrudin menyimpan duit syiling bermula apabila terjumpa duit syiling bernilai 1,000 rupiah (23 sen) di sebuah jalan.
Bermula dengan penemuan itu dia dan isteri mula mengumpul duit syiling pelbagai nilai dan disimpan dalam tin biskut tanpa dikira jumlahnya.

Ketika memulakan simpanan duit syiling dalam tin itu, Moh Nasrudin dan isteri menyimpan impian untuk menunai haji dengan menggunakan duit syiling.
Moh Nasrudin dan isteri tiba di Bank Syariah Indonesia, Tuban awal pagi baru-baru ini bersama seorang saudara yang memandu sebuah lori pikap dengan membawa 13 tin duit syiling.
Dan pengurus bank, Riyanto, yang kebetulan berada di kaunter pertanyaan untuk bertanya sesuatu dengan pekerja di kaunter terkejut melihat Moh Nasrudin dan isteri bersama beberapa tin duit syiling itu.
Namun bank itu tidak mempunyai alat mengira duit syiling secara automatik, lalu Riyanto mengarahkan 10 kakitangan dan 10 pekerja latihan amali (intern) membuat kiraan.
Sejumlah pekerja bank dan pelajar praktikal terpaksa mengira satu per satu wang syiling yang dihantar oleh Moh Nasrudin dan isteri
Namun jumlah itu masih belum cukup buat Moh Nasrudin dan isteri untuk ke Mekah.
Ini kerana jika mengikut kiraan, setelah mendapat kadar potongan daripada Kerajaan, seseorang perlu mengeluarkan Rp54.193.806 seorang.
Ini bermakna jumlah simpanan itu hanya cukup untuk kegunaan seorang sahaja mengerjakan haji.
Namun mereka tetap ingin mengerjakan haji bersama. Justeru mereka berharap akan ada keajaipan seperti ada pihak atau individu yang sedia menderma.
Selain itu, pasangan suami isteri ini akan terus bekerja di pasar dan mengumpul duit syiling.