Insan & Komuniti 27 Feb, 2026

Pening! Keliru! Kata 30 hari, 30 resipi! Sekarang satu hari, dua resipi! Ada minta putus dengan KA?

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai Stringer Berita Harian, Wartawan Berita Harian, Penyunting Harian Metro, Group Editor Majalah IBUBAPA. Emel: [email protected]

Share this

KAMI buat tak jadi!..😆😅, kemudian muncullah gambar puding roti hangus dan penyek. 

Pembuatan puding itu diulang sebagai "subjek tambahan" kerana tahun lalu (2025), banyak aduan yang diterima mengenai sajian itu ialah ia tak jadi.





Alahai alasan tak jadi itu memang tidak boleh dinafikan akan menjadi sebutan biasa-biasa kerana selama mana program singkat sebulan kelas Ramadan pempengaruh, Khairul Amin (KA) atau Khairulaming atau nama sebenarnya, Khairul Amin Kamarulzaman itu diteruskan.

Walaupun membuat puding itu semudah cara -- susu, telur dan lapisan asasnya gula bakar tu paling mustahak untuk elak daripada hangus bagi menjadikan puding itu sedap dan tak pahit.




Dalam gelak ketawa sepanjang dua minggu kelas Februari 2026 yang dinamakan Kelas Ramadan Teori dan Kemahiran Memasak adalah percuma dalam talian dan disertai segenap lapisan masyarakat dari kanak-kanak sehingga artis dan pemimpin politik.

Bila puding tak menjadi. maka muncullah macam-macam aksi. Daripada puding hangus terbakar, penyek dan ada satu keluarga tu bertepok sorak macam meraikan kemenangan pasukan bola sepak jadi juara selepas puding mereka siap "cantik!".

Kelas tahun ni dimulakan seawal bulan puasa dengan kali ini juga, anak murid KA disertai oleh cef dari luar negara dan pelajar bukan Melayu.

Kecohlah dalam media sosial, kelas memasak  tu adakala ditunjukkan cara "terburu-buru cara memasaknya". 

Maka ada yang tidak puas hati, terus nota "peringatan" dihantar kepada "guru KA" dengan macam-macam komen dan luahan tidak puas hati.

Sebab KA bagi tiga resepi dalam satu hari. Walaupun diselang dengan cara membuat juadah berbuka, air dan manis, ramai gagal ikut kelas berkenaan dan mula "hangus" perangai geram ditunjukkan.

Hasilnya ada anak murid KA selongkar zaman silam dia mula memasak sampai ketika KA masih belajar dan menyertai pasukan tarian di sekolah. 

Apa kena mengena memasak oleh KA dan menari. Gelagat itu mencuit hati bukan saja tuan badannya malah netizen yang puji, alahai guru masak ini ada banyak kemahiran ya!



Malah KA juga menoleh kembali pembabitannya dalam dunia masakan. Katanya dalam TikTok dia mula memasak di bilik kecilnya tanpa tahu ada yang melihat video masakannya atau tidak.

Kini semua menjadi topik sedunia. Daripada seorang jurutera muda, kemahirannya lebih menyerlah dalam bidang masakan.

Dan memasak membuatkan KA muncul dengan Sambal Nyet dan Rendang mengaut untung RM42 juta sebelum membuka Rembayung di Kampong Bharu. 

Dan dalam gelak tawa video Ramadan tahun ini (2026), ada pelajar yang mula "sesak nafas" bila sesi memasak ditambah lauk dari 30 hari, 30 resipi menjadi setiap hari, ada ada 2 atau tiga sajian.

"Baru saja balik dari pasar dah kena buat tiga resipi. Parah kelas tahun ni (2026)." Keluh seorang pelajar yang terkapai-kapai, tak tahu mana satu hendak buat dulu.

Dua anak dara siap utuskan nota ..kepada KA, kata ada "30 hari, 30 resipi. Tapi kena satu hari ada dua resipi. Mana satu nak pilih. Nak buat satu pun belum tentu jadi. 

"Kita orang dah bergaduh tak tahu nak pilih mana satu. Keliru. Hendak buat dua, belum tentu jadi... whatsapp guys, bye.,bye.."



Kemudian seorang pelajar tu buat "sidang akhbar" khas memutuskan "hubungan" dengan resipi KA. 

Seakan mahu pujuklah kononnya. KA subuh-subuh lagi buat susulan "sidang akhbar" dihadiri dengan gambar grafik mikropon sambil memberitahu, agak terkejutlah dengan tindakan pelajar tu.

"Masalah utamanya ialah komitmen dan konsisten," sambung KA yang kemudian ditunjukkan lagi gelagat calon "cef" media sosial menghasilkan seni ciptaan menu baharu. Malah calon bukan Melayu pun sangat teruja sebab dari media sosial tu, rupa-rupanya menjadi pula tu.

KA pula satu ketika sangat faham dengan ragam pelajarnya dan dia mulakan sesi memasak mudah untuk  "meredakan" tekanan.



Macam dia bagi resipi baharu nugget tokeng ayam. Tongkeng ayam ni biasa orang di Kelantan masak percik atau semudah goreng kunyit. Resipi tu termasuk disalut serbuk tepung dan goreng dengan adunan daun limau purut dan daun kari.

Dengan #hashtag whatsapp guy!..selain manisan puding tu, dia ajak calonnya  buat ayam pop, manisan peach cobbler, ayam tiram Thai sehingga masakan lala ala Thai.

Dalam satu episod KA memberitahu dia baru saja  "menghadiri" mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sebab ada aduan. Dia seolah-olah "marah" sebab ada cubaan cari gaduh dengan dia!.

Aneka masakan memang nampak mudah dan ada kalanya menggunakan bahan yang jarang digunakan dalam masukan Melayu. Itu cubaan untuk berkongsi resipi dengan netizen seluruh dunialah tu!



Daripada resipi donat mini sehinggalah manisan peach cobbler seperti apel pie. Semudah dan seenak bila dimakan masa panas dan KA nasihatkan anak muridnya buat sajian moreh (hidangan lepas solat terawih),

Tahun ni (2026), KA lebih selesa dengan menu yang disediakan. Keterujaan dia tak sampai dua minggu puasa dah 13 menu. Hasilnya ramailah yang tercungap-cungap bila tidak terkejar membuatnya.

Dalam kecoh itu, ada juga netizen pula bertanya bagaimana dengan kesibukan menguruskan restoran Rembayung masih ada masa untuk berkongsi resipi Ramadan. - KitaReporters



 

10
7
0
10
0
You will be interested