Insan & Komuniti 28 Jun, 2021

Berita Terkini| Kartunis ‘Aku Hidup Dalam Blues’, Aie meninggal dunia! Komplikasi buah pinggang!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Aie (kanan) bersama rakannya yang juga kartunis terkenal iaitu Ujang sewaktu hayatnya. - Kredit foto: FB Ujang


KARTUNIS yang terkenal dengan karya siri ‘Abe’ dan ‘Aku Hidup Dalam Blues’  dalam majalah Ujang iaitu Aie meninggal dunia kira-kira jam 4 pagi, 28 Jun 2021 akibat komplikasi buah pinggang.

Pemergian Aie atau nama sebenarnya Saari Sulong, 48, dimaklumkan kartunis Ujang atau Ibrahim Anon menerusi laman sosial Facebooknya.

Aie yang dilahirkan 24 Februari 1973 meninggalkan seorang isteri serta dua orang anak dan jenazah beliau dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Sungai Manggis, Banting.

Sementara itu, memetik laporan  Bernama, 28 Jun 2021, rakan kartunisnya, Mazli Ibrahim atau Gayour berkata Aie sememangnya mempunyai penyakit kencing manis dan buah pinggang serta menerima rawatan dialisis sejak lima tahun lalu.

“Kali terakhir bertemu beliau (Aie) pada tahun 2019 lalu. Sejak Covid-19, saya hanya bertanya khabar melalui WhatsApp dan panggilan telefon sahaja,” kata Gayour. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter



2
0
5
0
0
You will be interested