Kanak-kanak berusia tiga tahun yang kakinya tersangkut ke dalam lubang yang terdapat di tandas rumahnya di Pasir Gudang, Johor ketika mandi berjaya diselamatkan oleh pasukan bomba. - Kredit foto: JBPM Johor
Seorang
kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun terpaksa menahan sakit hampir dua jam
selepas kakinya tersangkut lubang dalam
tandas di rumah keluarganya di Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang, Johor.
Dalam
kejadian itu, mangsa berjaya diselamatkan oleh pihak bomba yang bergegas ke lokasi
kejadian sejurus menerima panggilan pada jam 8.51 malam, 23 Jun 2021.
Operasi
menyelamat yang mengambil masa kira-kira 1 jam 20 minit itu, pasukan bomba
turut membuka video cerita kartun menerusi telefon bimbit bagi alihkan perhatian, sekali gus tenangkan mangsa.
Komander
Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Pegawai Bomba Kanan II
Iszahwati Supardi berkata seramai lapan anggota berserta dua jentera
digerakkan ke lokasi.
“Setiba di tempat kejadian, didapati kaki seorang kanak-kanak lelaki telah terperangkap di dalam lubang terdapat dalam tandas tingkat dua sebuah premis rumah kedai.
“Pihak
bomba bertindak pecahkan simen sekeliling lubang dan pintu kedai di bahagian
bawah bagi potong saluran paip gunakan peralatan khas.
“Menurut
maklumat ibunya, kejadian berlaku ketika mangsa sedang mandi bersama adiknya
dan tiba-tiba kakinya termasuk ke dalam lubang saluran air yang tidak bertutup,”
katanya yang dipetik laporan Utusan Malaysia, 24 Jun 2021.
Tambah beliau, mangsa yang berjaya diselamatkan telah diberi rawatan awal serta didapati tidak alami sebarang kecederaan serius dan operasi ditamatkan jam 9.43 malam. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter