Insan & Komuniti 28 Jun, 2021

Berita Terkini| Helikopter TLDM mendarat cemas di kawasan pangkalan Lumut! Empat kru selamat!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Difahamkan, pihak TLDM akan keluarkan kenyataan rasmi berhubung kejadian helikopter TLDM mendarat cemas di Lumut


SEBUAH helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) jenis AS 555 SN Fennec terpaksa mendarat cemas di kawasan Pangkalan TLDM Lumut, Perak pada 28 Jun 2021.

Memetik laporan Kosmo, kejadian yang difahamkan berlaku kira-kira jam 12 tengah hari itu melibatkan empat anggota atau kru dan kesemua mereka difahamkan selamat.

Kejadian kecemasan tersebut merupakan kemalangan pertama melibatkan pesawat TLDM sepanjang lebih 30 tahun penubuhan Skuadron Udara TLDM iaitu KD Rajawali yang berpangkalan di Lumut.

Turut difahamkan juga,  TLDM akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kejadian tersebut.

Sementara itu, untuk info difahamkan selain enam buah helikopter AS 555 SN Fennec, TLDM turut mengoperasikan enam helikopter tempur jenis Super Lynx yang kesemuanya memiliki rekod penerbangan cemerlang. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter


2
0
0
0
0
You will be interested