Lokasi tragedi dua beradik jatuh Sungai Rekoh di Rompin, Pahang dan kedua-duanya ditemukan lemas. - Kredit foto: JBPM
MAYAT dua beradik yang terjatuh ke dalam Sungai Rekoh, Rompin, dalam kejadian kira-kira
11.15 pagi, pada 28 April 2021 lalu setelah motosikal ditunggang oleh ibu mereka terbalik di atas jambatan gantung, telah ditemukan.
Pemangku Ketua Polis Daerah Rompin, Asisten Superintendan Mohd Isa Bidin berkata, mangsa pertama, Dhenis Maulida Putri Masari, 7, dijumpai kira-kira 100 meter dari tempat kejadian oleh penduduk kampung pada jam 8 malam, sehari selepas kejadian.
“Mangsa kedua, Putri Rama Dhania Azahra, 3, ditemukan dalam keadaan terapung pada jam 7.30 pagi, 30 April 2021 sekitar jarak 150 meter dari lokasi kejadian.
“Kedua-dua mayat mangsa dihantar ke Hospital Muadzam Shah untuk tindakan selanjutnya,” katanya dipetik oleh Sinar Harian, 30 April 2021.
Katanya lagi, operasi mencari dan menyelamat (SAR) melibatkan seramai 30 pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Dalam kejadian 28 April 2021, dua beradik berkenaan yang membonceng motosikal yang ditunggang oleh ibu mereka terjatuh ke dalam sungai dari atas jambatan gantung setelah kenderaan dinaiki tiga beranak itu hilang keseimbangan sebelum terbalik.
Sebelum
kejadian, ibu mangsa dikatakan dalam perjalanan membawa mangsa yang baru pulang
dari Sekolah Kebangsaan Keratong 1 ke rumah mereka di ladang Peetih, Rompin. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter