"Allah tidak akan menguji sesuatu di luar kemampuan hamba-Nya. Ujian hebat untuk orang yang hebat. Mudah-mudahan adik Muhammad Haikal Iskandar Zamry, 18, yang terpaksa mengadap jenazah ayahnya 15 minit, sebelum memasuki dewan peperiksaan SPM. Lulus cemerlang dunia, akhirat," kata Nadhirah Abdul Aziz.
"Semoga Allah SWT kurniakan setinggi-tinggi kesabaran dan ketabahan pada anak ini, sentiasa kuat semangat dan berjaya dengan cemerlang dalam SPMnya," tulis seorang lagi pembaca facebook, Nooradziah Mohd Noor.
Lagi kisah-kisah duka berkaitan meninggal dunia:
https://kitareporters.com/search?search=meninggal+dunia
Video| Semasa tenat, Haikal tak dibenar lawat ayah! Semasa SPM, jenazah ayah dibawa kepadanya!
Kali terakhir aku melihat wajahmu ayah.
"Semoga roh ayahandanya ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman, Semoga diberi kekuatan dan ketabahan buat seluruh keluarga. Didoakan agar `terang hati` dan menjadi anak soleh di dunia dan akhirat," tulis Noorziati Norzaili.
Kata-kata ini adalah antara ribuan getaran semangat yang disampaikan oleh rakyat Malaysia kepada Muhamad Haikal Iskandar Zamry yang hanya mampu meratap pilu, apabila jenazah ayahnya `singgah` untuk mengucapkan selamat tinggal kepadanya ketika dia sedang diuji dengan peperiksaan `besar` dalam hidupnya, sebelum arwah disemadikan.
Haikal ditenangkan oleh anggota keluarganya.
Tiada kata-kata hanya kelihatan sebak yang menghiris perasaan anak muda ini yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Beluru, Kuala Kangsar, Perak apabila dibawa oleh kakitangan sekolahnya memasuki van jenazah untuk menatap kali terakhir sekujur jasad ayahnya yang sudah siap dikafankan.
Haikal kelihatan sangat sebak, tidak habis-habis mengesat air mata dan kisah itu menyentuh hati semua melihatnya apabila video yang diselangi lagu arwah Sudirman dimuat naik oleh seorang guru kaunseling sekolah itu, Badariah Mohd Mohaidin dalam akaun Facebooknya.
Sebak merobek seluruh jiwanya.
Haikal, anak sulung yang sebelum ini menjadi peneman setia bapanya sepanjang menjalani rawatan di hospital di Perak sejak seminggu lalu sehingga menghembuskan nafas terakhir kerana masalah jantung dan kencing manis.
Bagaimanapun sehari sebelum itu, Haikal tidak sempat melawat ayahnya kerana perlu menduduki peperiksaan dan mengenangkan kejadian itu, kakitangan dan pihak pengurusan jenazah membawa `ayahnya` singgah untuk melihat dan mengucapkan selamat tinggal. Jenazah bapa Haikal dikebumikan di Kampung Tahan Sauk pada 24 Februari 2021.
Selamat tinggal ayah.... Selamat tinggal Haikal. `ayah` doakan Haikal cemerlang.
Aliff Farhan yang mencatatkan komennya, berkata walaupun anggota keluarga sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan tetapi apabila benda berlaku mengejut itu, ia boleh menyebabkan emosi tidak boleh dikawal.
"Apatah lagi kalau kita yang jaga arwah masa sakit sampai menghembus nafas terakhir memang agak berat untuk kita terima. Macam saya yang baru sebulan ditinggalkan oleh abang yang sangat rapat. Memang saya jaga dia, 11 tahun dia sakit tapi pemergiannya buat saya tidak boleh terima," katanya. - KitaReporters