Insan & Komuniti 25 Feb, 2021

Video| Semasa tenat, Haikal tak dibenar lawat ayah! Semasa SPM, jenazah ayah dibawa kepadanya!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

SEORANG ahli keluarga memujuk Muhamad Haikal Iskandar Zamry yang menangis selepas melihat jenazah bapanya di dalam van Jenazah pada 24 Februari 2021. - Kredit foto: Badariah Mohd Mohaidin


SEMASA bapanya sedang tenat di hospital akibat penyakit kencing manis dan jantung, dia tidak dibenarkan masuk melawat. Dan semalam semasa menduduki peperiksaan penting dalam hidupnya, jenazah orang yang terpenting baginya, di dunia dan di akhirat, dibawa kepadanya untuk tatapan terakhir.

Suasana duka serta sedih menyelubungi dewan peperiksaan yang sedang berlangsung ujian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dirasakan apabila jenazah bapa Muhamad Haikal Iskandar Zamry, 18, untuk tatapan yang terakhir bagi anaknya tiba di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simpang Beluru, Kuala Kangsar, Perak pada pagi semalam, 24 Februari 2021.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan bapa:

https://kitareporters.com/search?search=bapa


MUHAMAD Haikal berada di dalam van jenazah melihat jenazah bapanya di SMK Simpang Beluru, Kuala Kangsar pada 24 Februari 2021.




Ketika itu, Muhamad Haikal sedang menjawab soalan mata pelajaran Sejarah dan van Jenazah itu yang membawa mayat ayahnya dari Hospital Taiping sampai di sekolah itu pada pukul 10 pagi. 

Sebaik sahaja van berkenaan sampai, dia yang merupakan anak sulung daripada tiga beradik  dibenarkan melihat wajah arwah bapanya buat kali terakhir sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tahan, Sauk kira-kira jam 11.30 pagi.



Kesedihan itu juga dirasai rakan-rakannya yang sedang menjalani peperiksaan tersebut selepas Muhamad Haikal menangis keluar dari dewan menuju ke van jenazah yang berada tidak jauh dari situ.

Kepiluan hatinya akibat kehilangan bapa yang tersayang itu telah ditenteramkan oleh guru serta beberapa rakannya supaya dia banyak bersabar dengan kejadian itu sebagai dugaan Allah apatah lagi dia sedang menduduki SPM.


Kredit Foto : Badariah Mohd Mohaidin


Video pelajar itu menangis di dalam van jenazah turut mendapat simpati ramai netizen selepas ia dikongsikan oleh guru kaunselingnya, Badariah Mohd Mohaidin dalam media sosial semalam.

Badariah berkata, jenazah bapanya dibawa ke sekolah kerana Muhamad Haikal tiada kesempatan untuk menghadiri pengkebumian di tanah perkuburan disebabkan dia sedang menghadapi peperiksaan SPM.


MUHAMAD Haikal masih bersedih lagi dengan kematian bapanya. - Kredit Foto : Badariah Mohd Mohaidin


Menurut badariah, sebelum itu, pelajar berkenaan telah menziarahi bapanya yang sedang tenat akibat penyakit kencing manis dan jantung di hospital tetapi dia tidak dibenarkan masuk melawat bapanya. 

``Bapa Muhamad Haikal sudah seminggu mendapat rawatan di hospital itu dan arwah bapanya meninggal dunia semalam (23 Februari 2021). 

``Kepiluan hatinya amat terasa kerana jikalau dia dapat melawat dan melihat bapanya buat kali terakhir kemungkinan dia tidak terkilan sangat di atas pemergian bapanya ,’’ katanya pada 24 Februari 2021. 

Badariah menambah, pada waktu rehat, Muhamad Haikal didapati masih bersedih dan menangis lagi menyebabkan pihak sekolah terpaksa menempatkan dia di sebuah bilik khas untuk menstabilkan emosinya. - KitaReporters


3
1
15
0
0
You will be interested