Insan & Komuniti 20 Apr, 2021

Berita Terkini| RM500 sebulan untuk pelawak Mat Sentol! Bantuan bulanan JKM bermula Mei 2021

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Mat Sentol atau nama sebenarnya Abdul Rasip Yahya


PELAWAK veteran, Mat Sentol, yang kini berusia 88 tahun bakal menerima bantuan bulanan sebanyak RM500 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) bermula Mei 2021. 

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Zaiton Ismail berkata bantuan tersebut bagi meringankan beban Mat Sentol atau nama sebenarnya Abdul Rasip Yahya yang kini tinggal bersama anak lelakinya, Roslee Rashid, 59, di Larkin, Johor Bharu. 

“Bantuan bulanan bakal diterima Mat Sentol nanti juga sebagai memperingati sumbangan dan jasa beliau dalam industri hiburan terutama perfileman. 

“Mat Sentol masih lagi sihat, sama-sama kita doakan seniman ini akan terus diberikan kesihatan yang baik,” katanya dipetik laporan Harian Metro, 20 April 2021. 

Sementara itu, Mat Sent0l yang pernah membintangi filem Mat Tiga Suku dan Mat Bond berterima kasih kepada semua pihak yang masih mengingatinya dan menghulurkan bantuan. 

“Saya tidak menghidap sebarang penyakit kronik , cuma  hanya sakit lutut. Terima kasih kepada JKM dan semua, saya juga rindu untuk berjumpa rakan-rakan seangkatan,” katanya yang mempunyai lima anak dan 15 cucu. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

4
0
0
0
0
You will be interested