Insan & Komuniti 29 Oct, 2022

Manusia paling kotor di dunia meninggal dunia! Selepas pertama kali dimandikan! 67 tahun tak mandi!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

AMOU Haji dikatakan meninggal dunia pada 23 Oktober 2022 selepas dia dipaksa mandi dan membersihkan diri dengan sabun. - Kredit foto: AFP


PASTI sukar untuk dipercayai seorang manusia boleh menyebabkan kematian apabila dia hanya dimandikan serta tubuh badannya dibersihkan dengan sabun.

Namun, ia betul-betul terjadi kepada seorang lelaki ganjil berasal dari negara Iran yang dikatakan paling kotor di dunia akibat tidak pernah mandi sepanjang hayatnya dilaporkan telah meninggal dunia dalam usia 94 tahun pada 23 Oktober 2022 lalu.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan aspek kotor dan kekotoran

Pelik! Kenali manusia paling kotor di dunia! 67 tahun tak mandi! Tapi tiada penyakit! Kekal sihat! 

AMOU Haji - kredit foto : IRNA


Kematian warga emas yang dipanggil, Amou Haji yang tinggal di Wilayah Selatan Fars itu dipercayai berpunca selepas beberapa bulan dia pertama kali mandi dan membersih dirinya, selepas 67 tahun tidak membersihkan diri, atas desakan kaum keluarganya.  

Sebelum itu, Amou Haji dikatakan enggan mandi dan menggunakan sabun di badannya kerana dia bimbang dirinya akan jatuh sakit atau tidak sihat.


AMOU Haji hidup sebatang kara di sebuah pondok di Desa Dezhgah, Wilayah Fars, Iran Barat Daya. - Kredit foto : AFP


Portal berita BBC pada 26 Oktober 2022 lalu melaporkan, bagaimanapun, warga emas terbabit terpaksa akur dengan kehendak ahli keluarganya dan warga setempat selepas dipujuk supaya lelaki tua itu mandi dan sepatutnya membersihkan dirinya kerana lebih separuh abad badannya tidak pernah menjamah air.

Selain tubuh badan yang sentiasa kotor dan berbau busuk, Amou Haji yang hidupnya tidak pernah terurus dikatakan mengalami masalah badannya tidak sihat dan sakit selepas dia mandi. 

Meskipun demikian, media tempatan di Iran menyebutkan bahawa akhirnya warga emas itu menyerah kalah dan bersetuju dirinya dimandikan kerana tidak sanggup menghadapi tekanan daripada pihak keluarga.

Namun, menurut portal IRNA Iran sebaik sahaja Amou Haji dimandikan dia mengalami sakit beberapa bulan sebelum dia meninggal dunia.



Sebelum itu, pada 2014 Tehran Times melakukan wawancara dengan Amou Haji yang diketahui hidup sebatang kara tanpa isteri dan anak.

Warga emas itu mengaku dia tinggal di sebuah pondok dari batu bata yang didirikan oleh warga di Desa Dezhgah.

Amou Haji berkata, dia memilih untuk mengasingkan diri dengan masyarakat setempat sejak usianya masih muda lagi dan tidak pernah mandi menyebabkan wajahnya berjeragat dan tubuh badannya bernanah.

Mengenai tentang kehidupannya setiap hari, warga emas itu memberitahu dia gemar makan daging-daging busuk selain minum air kotor.  


kredit foto : AFP


IRNA Iran juga menyebut bahawa Amou Haji merasa sedih apabila warga setempat menawarkan dirinya untuk memandikannya serta memberi minum air bersih.

Bagaimanapun, portal berita itu tidak memberi perjelasan secara teperinci kenapa warga emas itu menolak apabila dia disuruh berbuat demikian. - KitaReporters


8
16
0
13
0
You will be interested